Pengaruh K-Drama, Ini Resepi ‘Dalgona Candy’ Yang Ramai Cari

Makanan

Pengaruh K-Drama, Ini Resepi ‘Dalgona Candy’ Yang Ramai Cari

Mesti ramai kan yang dah tengok siri terbaru di Netflix iaitu ‘Squid Game’ yang kini tular di seluruh negara. Pengaruh yang dibawa oleh siri ini, sehinggakan ada yang terbawa-bawa ke dunia realiti tau! Kalau korang masih belum berpeluang untuk menonton siri ini, mungkin agak sukar untuk korang faham trend yang dibawa oleh siri ‘Squid Game’ ini.

Kalau sebelum ini, viral tentang gelagat dua orang lelaki sedang bermain permainan tradisional Korea iaitu ddakji di Stesen MRT Pasar Seni. Sekarang resepi pulak? Haih macam-macam lah! Mesti ada antara korang yang tercari-cari resepi untuk buat dalgona candy ni kan? Semuanya hasil penangan siri ‘Squid Game’ ini.

Advertisement

3 years ago

Kenali Pelakon Watak 'Seong Gi-Hun' Dalam Siri Squid Game

Macam yang kita tahu, dalgona candy ini muncul dalam satu babak dalam siri tersebut iaitu pada permainan yang kedua. Dalam permainan Gula Sarang Madu tersebut, peserta diminta memilih salah satu daripada empat bentuk yang berbeza dan diberi dalgona candy serta sebatang jarum.

Mereka perlu mengukir keluar bentuk yang telah dilukis di atas dalgona candy tersebut tanpa memecahkan mana mana bahagian bentuk gula-gula itu. Nak tahu macam mana cara-cara untuk buat dalgona candy? Berikut merupakan bahan-bahan dan cara penyediaan gula-gula tersebut.

Dalgona candy

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • Dua sudu gula (Terpulang mengikut citarasa masing-masing)
  • Secubit baking soda
  • Senduk besi
  • Chopstick (Terpulang pada anda, asalkan boleh diguna untuk mengacau)
  • Pan tray besi
  • Acuan pelbagai bentuk
  • Baking paper

Cara-cara penyediaan

  • Ambil senduk besar kemudian masukkan gula dan kacau atas api guna chopstick sehingga sebati.
  • Bila gula dah mula cair, tutupkan api.
  • Letakkan baking soda dan kacau dengan laju.
  • Kacau sehingga baking soda larut sepenuhnya dan bertukar menjadi fluffy serta berwarna karamel muda.
  • Tuangkan ke atas pan tray besi yang dialas dengan baking paper kemudian biarkan sejuk seketika selama 15 saat.
  • Ambil pinggan atau apa-apa yang sesuai untuk tekap supaya ia menjadi nipis.
    Tekap dengan acuan bentuk pilihan masing-masing.

Resepi dalgona candy tersebut dikongsikan oleh seorang pengguna aplikasi TikTok bernama @masakmakanmain. Macam mana? senang kan! Korang boleh lah cuba resepi ini dan hidangkan untuk dijamu bersama keluarga tersayang atau untuk mengisi masa lapang.

Korang juga boleh ikuti video di bawah untuk mudah faham dalam menyediakan dalgona candy ini.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...