Kenali Pelakon Watak ‘Seong Gi-Hun’ Dalam Siri Squid Game

Trending

Kenali Pelakon Watak ‘Seong Gi-Hun’ Dalam Siri Squid Game

Seperti yang kita tahu, siri di Netflix bertajuk ‘Squid Game’ masih trending secara global sehingga ke hari ini. Tidak dinafikan, gaya penceritaan dan jalan cerita yang dipaparkan dalam siri ini sememangnya berjaya untuk menarik minat ramai orang menonton siri ini.

3 years ago

Jom Kenal! 5 Permainan Korea Dalam Siri 'Squid Game'

Advertisement

Selain itu, watak yang dibawa oleh setiap pelakon juga memberi impak yang besar dalam menjayakan siri ini sehingga ia boleh diibaratkan seperti sudah menjadi fenomena di seluruh dunia. Fokus dalam entri kali ini adalah mengkhususkan kepada watak utama dalam siri ini iaitu Seong Gi-Hun.

Squid Game

Seong Gi-Hun, lelaki yang gagal dalam hidup tetapi mencuba mengubah nasib diri

Seong Gi-Hun merupakan salah seorang daripada 456 peserta yang menyertai permainan ‘Squid Game’ tersebut. Sebelum memasuki permainan tersebut, umum kita ketahui yang Seong Gi-Hun adalah seorang ‘tahi judi’ dan sudah bercerai.

Squid Game - Lee Jung-Jae

Dia memerlukan wang untuk mendapatkan hak penjagaan anak perempuannya yang akan pindah ke Amerika Syarikat bersama ibu dan ayah tirinya. Seong Gi-Hun yang mencari nafkah melalui pekerjaannya sebagai seorang pemandu kemudian memilih untuk mempertaruhkan segalanya dan memasuki permainan tersebut.

Ia bertujuan supaya dia dapat memenangi wang tersebut untuk keluarganya setelah dia mendengar ibunya yang sudah tua dan tinggal bersendirian memerlukan pembedahan kerana menghidap diabetes.

 Lee Jung-Jae, pembawa watak Seong Gi-Hun dalam siri Squid Game

Lee Jung-Jae merupakan seorang pelakon kelahiran Seoul, Korea Selatan dan juga seorang model. Dia dianugerahkan ijazah sarjana dari Jabatan Teater & Seni Filem di Universiti Dongguk.

Dia memulakan kerjayanya sebagai seorang model fesyen kemudian beralih ke dunia lakonan dengan memulakan karier lakonannya di televisyen menerusi siri Feelings (1994) dan drama ikonik Sandglass (1995).

Squid Game - Lee Jung-Jae

Selepas kejayaan lakonannya dalam An Affair (1998), karier lakonannya di filem bermula. Dia telah membintangi pelbagai genre filem termasuklah filem romantik, melodrama, filem komedi, filem aksi dan pelbagai lagi.

Dia memenangi anugerah Pelakon Terbaik di Blue Dragon Film Awards untuk City of the Rising Sun (1999), dan di Fantasporto Director’s Week untuk The Housemaid (2010).

Setakat ini, jumlah anugerah yang dia telah berjaya sandang adalah sebanyak 27 anugerah di pelbagai festival filem dan drama berprsetij serta menerusi lakonan dalam banyak filem dan drama.

Selain itu, Lee Jung-Jae diketahui baru mendirikan agensi dia sendiri bernama Artist Company bersama aktor Jung Woo Sung. Dia sempat bergabung di agensi C-Jes Entertainment sebelum mendirikan agensinya sendiri.

Pernah bawa watak antagonis tetapi ramai tidak tahu

Seperti yang kita tahu, watak yang dipegang oleh Lee Jung-Jae dalam siri ‘Squid Game’ ini merupakan watak yang memiliki perwatakan agak ‘lembut’ oleh kerana dilihat sangat baik terhadap peserta lain walaupun mereka tahu permainan yang mereka mainkan itu akan menyebabkan nyawa mereka tergadai.

Squid Game - Lee Jung-Jae

Namun dalam filem Deliver Us From Evil iaitu sebuah filem aksi, dia memegang watak sebagai Ray yang merupakan seorang pemotong daging serta seorang pembunuh yang kejam. Ray hanya memfokuskan pada satu misinya iaitu untuk membalas dendam terhadap kematian abangnya yang dibunuh oleh seorang pembunuh upahan.

Lee Jung-Jae memainkan wataknya dengan sepenuh hati kerana setiap kali watak Ray muncul di dalam filem tersebut, boleh diibaratkan udara di sekelilingnya juga turut merasa ketakutan. Apa yang membezakan wataknya itu daripada penjahat dalam filem lain adalah gaya fesyennya.

Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...