Pengantin Batal Majlis Kahwin, Jamu Lauk Kenduri Buat Mangsa Banjir

Kehidupan

Pengantin Batal Majlis Kahwin, Jamu Lauk Kenduri Buat Mangsa Banjir

Sepasang pengantin terpaksa membatalkan majlis perkahwinan yang sudah lama dirancang akibat banjir yang melanda di Lembah Klang.

Namun, kedua-dua mempelai ini tetap ceria menyambut hari bahagia mereka di pusat pemindahan untuk menjamu mangsa-mangsa banjir dengan juadah yang sepatutnya dihidangkan buat tetamu pada majlis persandingan mereka.

Advertisement

Menurut laporan Mstar, pengantin perempuan yang dikenali sebagai Nur Asyikin Md Hamdan berkata, dia dan suami telah selamat bernikah pada petang Jumaat lalu.

pengantin

Kami seronok tengok ramai gembira mengambil makanan yang disediakan. Niat untuk berkongsi rezeki bantu melegakan rasa sedih.

Menurut Asyikin, dia dan keluarga suami yang datang dari Kuantan, Pahang terkandas di rumah sebelum kesemuanya dipindahkan ke pusat pemindahan.

Makanan yang sepatutnya dihidangkan di majlis kahwin, dibawa ke pusat pemindahan. Kami bersyukur apabila perkara wajib iaitu nikah dah selesai.

@erinerene

Mkn lauk kenduri majlis dibatalkan. Mkn dkt pusat memindahan banjir Meru, klang. Tq katering GGH #banjir #banjirklang #merubanjir #mangsabanjir

? PENANTIAN ARMADA – sadvibes?

Dalam pada itu, Asyikin turut berterima kasih kepada Grand Gerbang Hall yang turut turun padang membantu melancarkan urusan agihan dan memahami situasi banjir yang dihadapi mereka.

Baca: Peti Pengasingan Macam ‘Keranda’, Wanita Indonesia Serik Dijangkiti COVID-19

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Mstar

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...