Pengalaman Mencabar, Hazman Al-Idrus Terbit Sendiri Karya Sulung

Hiburan

Pengalaman Mencabar, Hazman Al-Idrus Terbit Sendiri Karya Sulung

Penyanyi dan pelakon Hazman Al-Idrus kini tampil dengan lagu terbaharu berjudul Aura selepas hampir enam tahun menyepi daripada dunia nyanyian.

Iqbal Zulkefli
3 years ago

"Saya Akan Buktikan.." - Cari Pencipta Lagu, Iqbal Tawar Bajet Serendah RM500,000

Advertisement

Hazman sendiri mengakui yang ia merupakan satu pengalaman yang mencabar memandangkan ini merupakan kali pertama dia terlibat dalam pembikinan lagu.

Saya menjadikan Aura sebagai inspirasi bagi diri sendiri.

Hazman atau nama sebenarnya Syed Muhammad Hazman Syed Yusof Al-Idrus bagaimanapun bersyukur kerana dapat mempelajari banyak perkara baru dalam proses penerbitan karya sulungnya itu.

Ujar Hazman, karya sulungnya ini banyak mengajar dirinya untuk menulis lirik lagu, mencipta melodi, masuk ke studio untuk rakaman, penyusunan muzik dan vokal serta proses penerbitan lagu.

Pelakon drama Rindu Yang Terindah berusia 33 tahun ini memaklumkan yang dia mendapat ilham untuk mencipta lagu tersebut ketika dia sedang berada di Janda Baik.

Saya mendapat ilham lagu Aura ini tepat pukul 12 tengah malam di tepi sungai rumah datuk saudara saya di Janda Baik.

Hazman Al-Idrus

Tambah Hazman lagi, dia terus menyimpan gitar setelah mendapat ilham mencipta melodi, lirik dan juga idea untuk namakan lagu tersebut.

Lagu Aura itu juga ingin Hazman jadikan sebagai inspirasi bagi diri sendiri supaya dapat memberikan aura positif dalam kerjaya, aktiviti seni dan kehidupan yang dijalani.

Sekadar info, Hazman sebelum ini pernah mewakili Malaysia untuk rancangan realiti nyanyian D’Academy Asia musim pertama di Indonesia pada tahun 2015.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...