Pengadu Tarik Balik Laporan Polis Kes Gangguan S*ksual, Nasib Da’i Syed Diketahui 31 Mei Ini

Berita

Pengadu Tarik Balik Laporan Polis Kes Gangguan S*ksual, Nasib Da’i Syed Diketahui 31 Mei Ini

Susulan dua pertuduhan jenayah seksual dikenakan terhadap pendakwah selebriti Da’i Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful, keputusan selanjutnya akan diketahui pada 31 Mei ini setelah pengadu dalam kes itu telah menarik balik laporan polis yang dibuat terhadap tertuduh.

Keputusan pada hujung bulan ini akan menentukan sama ada dua pertuduhan jenayah seksual yang dihadapi Da’i Syed akan diteruskan dengan perbicaraan atau ditarik balik.

Advertisement

Lapor Bernama, Timbalan Pendakwa Raya P. Vitiya Monisha memberitahu bahawa Hakim Mahkamah Sesyen Jamaludin Mat ada mengumumkan mengenai penarikan laporan polis yang dibuat mangsa.

Manakala peguam bela yang mewakili Da’i Syed, Syed Amirul Syed Edros memaklumkan bahawa meskipun pengadu telah menarik balik laporan polis, pihak pendakwaan masih mempunyai kuasa untuk meneruskan pendakwaan.

Kes itu masih boleh didengar kerana pihak pendakwaan boleh memaksa saksi ke mahkamah untuk memberi keterangan dengan meminta sapina dan waran tangkap dikeluarkan.

Terdahulu, Da’i Syed mengaku tidak bersalah di atas pertuduhan melakukan persetubuhan luar tabii terhadap seorang wanita dan menggunakan kekerasan jenayah terhadap mangsa di rumah sewa tertuduh di Damansara Perdana pada 17 Oktober 2020.

Da'i Syed
2 years ago

Setahun Berdepan Tuduhan Kes Cabul, Dai Syed Akui Alami Tekanan Perasaan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...