Baru-baru ini, pemilik produksi Studio Kembara sangat yakin bahawa naskah prekuel untuk filem Mat Kilau tetap akan menjadi fenomena biarpun tanpa sentuhan pengarah, Syamsul Yusof.
Menurut penerbit, Abdul Rahman Mt Dali, prekuel filem tersebut bakal dibarisi oleh pelakon-pelakon yang hebat dan turut memberitahu jalan ceritanya juga bakal memberi kesan.
Bagaimanapun, Abdul Rahman enggan mendedahkan pengarah yang menggantikan tempat Syamsul, termasuk juga barisan pelakon yang disifatkan mempunya karisma hebat.
View this post on Instagram
Saya berani kata kisah prekuel ini lebih menarik lagi.
Tambahannya lagi, prekuel Mat Kilau ini bakal memberi manfaat dan jalan ceritanya juga amat dekat dengan penonton yang pernah memberi sambutan kepada filem Mat Kilau, sebelum ini.
Susulan itu, Abdul Rahman turut meluahkan bahawa dirinya tidak berasa bimbang untuk menayangkan filem ini biarpun tiada sentuhan Syamsul serta pembabitan pelakon asal Mat Kilau.