Penerbit Minta Netizen Berhenti Kecam Clever Girl : Semua Peserta IQ Tinggi

Hiburan

Penerbit Minta Netizen Berhenti Kecam Clever Girl : Semua Peserta IQ Tinggi

Baru-baru ini, salah seorang peserta rancangan realiti Clever Girl di kritik teruk oleh netizen apabila tidak dapat membezakan mana satu Mahatma Gandhi dan Mother Teresa. Agak teruk jugalah perkara tersebut sehingga menjadi viral di media sosial.

Advertisement

Namun, Penerbit Clever Girl Malaysia iaitu Shazreena Kassim memohon agar tiada lagi pihak yang mengecam peserta-perserta rancangan terbitannya itu kerana mereka yang dipilih mempunyai IQ sangat tinggi. Shazreena menjelaskan mungkin perasaan gementar membuatkan mereka menjawab jawapan yang salah.

Sebagai penerbit yang mengendalikan program baharu, segala kritikan diterima dengan hati yang terbuka. Cuma janganlah mengecam peserta secara berlebih-lebihan. Mereka sangat bijak sebenarnya, cuma kerana gugup, jawapan betul yang patut diberikan menjadi salah pula.

Mengatasi sifat gemuruh juga antara ujian buat mereka kerana ia mampu memberikan fokus yang penuh dalam melunaskan tugasan diberi.

Bukan peserta Clever Girl sahaja yang dikecam, minggu lepas ketika episod kedua bersiaran ,pihak produksi pula dikritik apabila soalan; “Berapa banyakkah filem P Ramlee yang ada perkataan Bujang Lapok?” menyaksikan kebanyakan peserta memberikan jawapan “tiga”. Seterusnya jawapan itu disahkan betul oleh pengacaranya, Alif Satar.

Ia membangkitkan kemarahan netizen kerana jawapan kepada soalan yang diberikan adalah salah sama sekali. Jika dikira jawapan sebenar untuk soalan berkenaan ialah empat, iaitu Bujang Lapok, Pendekar Bujang Lapok, Seniman Bujang Lapok dan Ali Baba Bujang Lapok.

Walaupun menerima pelbagai kritikan, Shazreen bagaimanapun merasa sedikit bangga kerana program Clever Girl trending di Twitter.

Pada masa yang sama, beliau berjanji akan cunba memperbaiki setiap kesalahan dan yakin satu hari nanti program berkenaan akan diterima masyarakat.

Nama pun rancangan Clever Girl jadi cubalah untuk baiki kesilapan yang ada agar nampak “clever” dia tu. Apa-apa pun harapnya minggu ke 3 nanti adalah perubahannya.

Sumber Berita : BH ONLINE

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...