Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Peserta Clever Girl Malaysia Dikutuk Netizen : Tidak Kenal Mahatma Gandhi & Mother Teresa

Hujung minggu lepas, episod pertama rancangan realiti Clever Girl telah disiarkan di TV3 buat pertama kali. Ia menampilkan 14 orang gadis jelitawan dan boleh dikatakan mempunyai latar belakang pendidikan tinggi  yang mewakili 14 negeri di Malaysia.

Advertisement

Namun, masih ada yang tidak faham apakah motif rancangan Clever Girl lebih-lebih lagi ada salah seorang peserta langsung tidak menunjukkan ciri-ciri gadis bijak kerana tidak dapat membezakan Mahatma Gandhi dan Mother Teresa. Eh, biar betul? Rasanya semua tahu siapa Mahatma Gandhi bukan?

Dek kerana perkara itu, agak teruk juga peserta itu dikutuk oleh sesetengah netizen. Malah, ada juga yang menganggap soalan yang diberikan kepada gadis-gadis Clever Girl tidak mencabar dan seiring dengan gelaran Clever Girl itu sendiri.

Mungkin juga peserta itu nervous  sampai terlupa siapa itu Mahatma Gandhi. Iyalah, bila ada di atas pentas benda yang kita ingat pun boleh lupa dalam sekelip mata. Bagi mereka peluang dahulu dan lihat bagaimana prestasi mereka pada minggu hadapan.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...
To Top