“Pendakwah Bukan ‘Anti’ Anda..” – Baby Shima Perli Isu Konsert Di Kelantan, Ini Respon Ustazah Asma’ Harun

Hiburan

“Pendakwah Bukan ‘Anti’ Anda..” – Baby Shima Perli Isu Konsert Di Kelantan, Ini Respon Ustazah Asma’ Harun

Baru-baru ini, penyanyi dangdut penuh kontroversi, Baby Shima ada meluahkan rasa tidak puas hati terhadap sikap pendakwah di Malaysia yang didakwanya, tidak ‘berbunyi’ ketika sebuah konsert nyanyian diadakan di negeri Kelantan.

Tak aci konsert kita sahaja berkali-kali awak menyalak. Konsert di Kelantan senyap pula. Sebab di Kelantan ke semua senyap. Bukan ke awak kata konsert haram, amboi isu terpilih sahaja ke berani?

Luahan rasa Baby Shima itu dikongsikan penyanyi itu di laman Instagram Story miliknya tempoh hari.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by NENG BABY SHIMA (@babyshimaofficial)

Meskipun Baby Shima tidak menyebut nama pendakwah yang dimaksudkan secara spesifik, namun salah seorang daripadanya iaitu Ustazah Asma’ Harun dilihat tampil bersuara mengenai isu yang dibangkitkan penyanyi dangdut itu.

Menulis panjang lebar di Facebook, Ustazah Asma’ berkata konsert yang dianjurkan adalah patuh syariah dan dia sempat mengucapkan tahniah di atas usaha negeri itu yang berusaha untuk memastikan masyarakat berhibur mengikut hukum ditetapkan meskipun masih banyak ruang yang perlu diperbaiki.

Kepada Cik Shima yang menyeru dan tidak berpuas hati dengan penceramah dan pendakwah yang berdiam seolah tidak bersuara dan tidak berlaku adil.

Suka untuk diberitahu bahawa saya sendiri dan para pendakwa tidak pernah sesekali anti secara khusu pada Cik Shima ataupun mana-mana penyanyi dan penari seperti anda.

Advertisement

Malah, Ustazah Asma’ juga sempat mengundang Baby Shima untuk menghadiri satu konsert tertutup khas buat kaum wanita dan mempersembahkan lagu yang sesuai seperti nasyid ataupun berqasidah.

Di akhir hantaran itu, pendakwah itu berharap agar industri hiburan tempatan akan mengadakan konsert-konsert yang lebih berlandaskan hukum Islam selepas ini.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

noraniza idris skim perumahan duta nafi
2 years ago

“Saya Pun Mangsa Keadaan” - Tak Pernah 'Sign Agreement', Noraniza Idris Nafi Jadi Duta Skim Perumahan Kontroversi RM10

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...