Penceramah Bebas Punyai Tiga Isteri, Lapan Anak Didakwa 9 Pertuduhan Gangguan Seksual & Rogol

Berita

Penceramah Bebas Punyai Tiga Isteri, Lapan Anak Didakwa 9 Pertuduhan Gangguan Seksual & Rogol

Seorang penceramah bebas bergelar ustaz mengaku tidak bersalah atas 9 pertuduhan di Mahkamah Sesyen Klang.

Menurut laporan Berita Harian, suspek berusia 30 tahun itu membuat pengakuan tersebut sejurus pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Syafeera Mohd Said.

Advertisement

Suspek dikenali sebagai Muhammad Fathi Na’im Mazlam atau Ustaz Fathi Naim didakwa terhadap 7 pertuduhan merogol dan melakukan amang seksual serta hubungan seks dengan objek terhadap seorang remaja perempuan yang kini berusia 14 tahun.

Suami kepada tiga isteri itu didakwa melakukan semua perbuatan itu dalam sebuah kereta jenis Toyota Vellfire di hadapan surau, di parkir Dataran Eco World, dan di dalam sebuah hotel di sekitar Bandar Puncak Alam antara tarikh Jun 2021 hingga Februari 2022.

Fathi didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (AKSTK) 2017 atas kesalahan merogol dan melakukan amang seksual dan jika disabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan sebat.

Manakala, bagi kesalahan melakukan hubungan seks dengan objek, bapa kepada lapan anak itu didakwa mengikut Seksyen 377CA Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara antara lima hingga 30 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

bainun diarah bela diri
1 year ago

Wujud Unsur Penderaan Terhadap Bella, Pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Diperintah Bela Diri

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...