Wujud Unsur Penderaan Terhadap Bella, Pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Diperintah Bela Diri

Berita

Wujud Unsur Penderaan Terhadap Bella, Pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Diperintah Bela Diri

Susulan kes melibatkan pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali telah diminta untuk membela diri setelah didakwa melakukan pengabaian dan menganiaya seorang remaja perempuan sindrom down yang dikenali sebagai Bella.

Perkara tersebut diputuskan hari ini apabila Hakim Mahkamah Sesyen, Izralizam Sanusi telah mendapati pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Siti Bainun.

Advertisement

Sebelum ini, Bella dikatakan telah diabai dan dianiaya sehingga menyebabkan gadis sindrom down berusia 13 tahun itu mengalami kecederaan fizikal serta emosi melampau.

Kejadian penganiayaan itu dilaporkan telah terjadi di sebuah unit kondominium di Wangsa Maju antara Februari dan Jun 2021.

Jika disabitkan kesalahan, Siti Bainun boleh dikenakan hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya, di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001. – Astro Awani

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Anwar Muhyiddin
1 year ago

Siapa PM Baharu? Anwar Dakwa Sudah Ada Majoriti, Abah Pula Kata Dah Terima Surat Agong Bentuk Kerajaan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Astro Awani

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...