Baru-baru ini, ibu kepada penyanyi popular, Aiman Tino meluahkan rasa kecewa apabila anaknya itu dikatakan telah berubah sikap. Dakwanya lagi, perubahan yang dibuat anak dipengaruhi oleh seorang wanita yang dipercayai kekasih Aiman Tino.
BACA: “Umum Kalau Dah Tak Nak Jadi Artis” – Ibu Aiman Tino Dedah Anak Dikongkong Seorang Wanita?
Walau bagaimanapun, Aiman menafikan dakwaan tersebut dan berkata salah faham mula timbul daripada sikapnya yang lambat membalas mesej dan panggilan telefon. Dia mengakui sikap sambil ambil mudahnya itu telah membuatkan ibu bapa terkilan.
BACA: “Khilaf Saya Sendiri” – Ibu Dakwa Dah Berubah, Aiman Tino Akui Lambat Balas Mesej Punca Salah Faham
Terbaru, ibu Aiman iaitu Riena Yusri memuat naik screenshot Direct Message (DM) yang dihantar seorang individu kepadanya. Dia digelar ibu mentua daripada neraka gara-gara menyibuk urusan anak.

Sumber: Instagram Riena Yusri
Menurut individu ini lagi, dia berasa ‘ngeri’ dan bersimpati dengan sesiapa yang ‘tersangkut’ bersama keluarga Aiman Tino. Namun, cacian tersebut dibalas tenang oleh si ibu.
Tak kenal maka tak cinta. Neraka tu kau, anak aku, aku nak bawa ke syurga.
AdvertisementDah ada anak nanti barulah dapat rasa, penat besarkan anak, lepastu orang kikis.
Di ruangan komen, ada yang bersetuju dengan ibu Aiman Tino dan menyifatkan pengorbanan si ibu tiada nilainya. Tak kurang juga yang menasihati wanita ini supaya membiarkan Aiman membuat keputusan sendiri memandangkan dia sudah dewasa untuk berfikir baik dan buruk.

Kiah
February 12, 2021 at 5:17 pm
Mok cik dh tua tp meluah kt social media. Ngeyh2. Menjaja cerita sendiri utk tontonan netizen. Sambung la mkn cendol durian uollss.
tecit
February 10, 2021 at 12:27 pm
kesian aiman tersepit dan disepit. awek ape xbg pakwe buat keje. patot ko la tlg die. patotla name aiman dah slow rupenye ade ular sawa kekenyangan dok belit die.