Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

“Umum Kalau Dah Tak Nak Jadi Artis” – Ibu Aiman Tino Dedah Anak Dikongkong Seorang Wanita?

aiman tino

Mengejutkan apabila ibu kepada penyanyi Aiman Tino telah memuat naik luahan perasaan mengenai anak lelakinya itu di laman Instagram baru-baru ini.

Katanya, Aiman kini dan buat ‘hal’ sehingga mengabaikan kerjayanya dalam bidang nyanyian. Lebih menggemparkan apabila wanita itu menyatakan perubahan perangai anaknya itu kerana dikongkong oleh seorang wanita.

Advertisement

aiman tino

Bahkan segala urusan mengenai kariernya langsung ditinggal sepi dek penyanyi itu yang gagal dihubungi langsung.

“Kalau dah tak nak jadi artis, sila buat pengumuman, jangan susahkan kami. Macam itulah kalau dah dikongkong. Panggilan
tak angkat, wartawan dan stesen TV cari. Harap maklum pada yang berkenaan.”

aiman tino

Meskipun tidak menyebut nama secara spesifik namun rata-rata netizen menebak bahawa status itu ditujukan kepada Aiman.

Advertisement

Bukan itu sahaja, ibu penyanyi tersebut pernah memuat naik gambar Aiman diiringi kapsyen mengenai dirinya yang berasa rindu dan sayang dengan anak lelakinya itu.

“Dia tak rindu saya ke ya. Apa-apa pun, saya sayang dan rindu dia.”

aiman tino

Bukan itu sahaja, ibunya turut memuat naik Insta Story yang berbaur amaran kepada seorang wanita yang dinamakan sebagai Fara Hanis atau Fewa.

“Fara Hanis (Fewa), aku tidak teragak-agak cari mak bapa kau, perempuan XXX!”

Apalah yang jadi sebenarnya ini?

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

2 Comments

  1. tecit

    February 9, 2021 at 11:51 am

    eh silap bakal mentua

  2. tecit

    February 9, 2021 at 11:50 am

    omgeee girlfriend vs bakal menantu

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top