Semalam, kecoh di rata-rata media sosial apabila perkhidmatan LRT milik syarikat Prasarana melaporkan kerosakan gangguan servis selama seminggu pada 9 November hingga 15 November 2022.
Menerusi hantaran di laman Twitter, Rapid KL memaklumkan terdapat 16 stesen LRT yang akan tergendala dan tidak dapat berfungsi untuk sementara waktu.
Susulan itu, ramai pengguna yang bergantung kepada pengangkutan awam berkongsi pengalaman mereka selepas stesen perkhidmatan LRT ditutup secara mengejut.
Disebabkan kejadian tersebut, rata-rata pengguna pengangkutan awam terpaksa menaiki kenderaan atau bas yang disediakan sekaligus menyebabkan kesesakan jalan raya berlaku.
kesiannyaa sampai 7 hari lrt rosak? naik kereta ramai2 lah solution dia selain naik bas yg definitely akan penuh.. jem mmg confirm gila2 laaa…kesian wehh dgn penat blik dri kerja nnti pastu kena hadap benda ceni aaaaaa?semoga dipermudahkan urusan semua org,aamiin?
— ?? (@alivwho) November 9, 2022
Bukan itu sahaja, ada juga pengguna yang terpaksa berjalan kaki sejauh 38 kilometer untuk sampai ke rumah selepas pulang dari pejabat.
Semalam keluar office 5.33pm, sampai rumah 7.20pm.
Hari ni kalau hujan lagi petang + lrt rosak kita tengok berapa hari aku nak sampai rumah.Distance : 38km.
— usop oppa (@TheUsopIbrahim) November 9, 2022
Apa yang lebih mengejutkan, seorang wanita dilaporkan menjadi mangsa samun semasa menunggu dijemput oleh bapanya selepas berlaku gangguan perkhidmatan LRT.
Difahamkan, wanita itu sepatutnya membuat perjalanan dari stesen LRT Sri Rampai ke LRT USJ 7 namun terpaksa meminta bantuan bapa untuk menghantar ke pejabat dengan menaiki kereta.
Mangsa, Nur Sophia Jesmine Hasmin berkata dia didekati oleh dua orang lelaki menunggang motosikal sebelum mereka bertindak mengeluarkan pisau dan mengoyakkan beg miliknya yang mengandungi komputer riba dan telefon bimbit.
and bcs of this lrt situation thingy, i got robbed in front of the Desa Pandan condo section by the lrt sri rampai while waiting for my dad to pick me up and send me to the office. those robbers slashed through my back pack and snatched away my company’s laptop. https://t.co/OiMFHGeUmJ
— sophia (@soph_jes) November 9, 2022
Menurut laporan Awani, mangsa bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan dan telah membuat laporan di Balai Polis Setiawangsa.