Penangan Rentas Negeri, Gunung Stong Terima Lebih 1,000 Pengunjung Sehari

Travel

Penangan Rentas Negeri, Gunung Stong Terima Lebih 1,000 Pengunjung Sehari

Tidak dinafikan, masyarakat dalam negara kini dilihat sudah bebas untuk pulang ke kampung halaman serta bercuti ke luar negeri sejak kebenaran merentas negeri diumumkan oleh kerajaan. Kawasan pelancongan dalam negara juga makin mendapat sambutan yang hangat hari demi hari.

Seperti yang kita tahu, individu yang sudah lengkap dua dos suntikan vaksin kini sudah dibenarkan untuk bercuti dan melancong dengan syarat mereka semua perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh kerajaan supaya kes penularan wabak Covid-19 ini tidak akan meningkat.

Advertisement

Pulau Sipadan
3 years ago

Syurga Penyelam Skuba, Terokai 'Dinding' Bawah Laut Pulau Sipadan

Sebagai langkah berjaga-jaga, pelancong digalakkan untuk melakukan ujian kendiri sebelum memulakan perjalanan ke mana-mana pulau peranginan serta kawasan pelancongan bagi mengurangkan risiko jangkitan kepada pelancong lain.

Gunung Stong jadi tumpuan, terima lebih 1,000 pengunjung sehari

Menurut Astro Awani, banyak kawasan pelancongan telah menjadi tumpuan orang ramai sejak kelonggaran rentas negeri diumumkan dan salah satunya ialah Gunung Stong yang terletak di Kuala Krai, Kelantan. Hal itu selepas ia dilaporkan menerima anggaran  lebih 1,000 pengunjung dalam sehari.

Kawasan pelacongan itu semakin mendapat perhatian sejak kerajaan mengumumkan pembukaan gelembung perjalanan bagi aktiviti pelancongan di kawasan tersebut. Perkara itu membuatkan pengusaha pelancongan di Taman Negeri Gunung Stong menerima banyak tempahan daripada pelanggan.

Pengarah Urusan Stong Hill Resort, Mohd Yazil Elham Yahya berkata, bukan sahaja dari dalam negeri, malah pelancong dari luar Kelantan juga dilihat turut mula datang ke kawasan itu sama ada menaiki kereta api atau memandu kereta.

“Menurut analisis kami, kedatangan pengunjung ke resort kami ini boleh dikatakan mencecah 1,000 orang sehari pada hari Ahad, Jumaat dan Sabtu manakala 200 hingga 300 pada hari biasa,” kata Mohd Yazil Elham Yahya.

Keindahan serta keunikan alam semulajadi jadi tarikan utama pengunjung

Air Terjun Gunung Stong

Air Terjun di Gunung Stong – Sumber Google

Bagi malim gunung serta pengunjung, keindahan dan keunikan alam semula jadi Gunung Stong sangat sesuai dijadikan latar fotografi dan kini turut menjadi bualan hangat di laman sosial.

Bagi yang belum tahu, Gunung Stong yang terletak kira-kira 300 kilometer dari Kota Bharu ini adalah setinggi 1,433 meter dan merupakan antara lokasi eko-pelancongan yang terkenal di Malaysia.

Lebih menarik lagi, kawasan tersebut turut menempatkan Air Terjun tertinggi di Asia Tenggara iaitu Air Terjun Jelawang. Korang yang belum pernah jejakkan kaki ke sini, boleh dah lah masukkan tempat ini dalam checklist.

Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...