Amboi, amboi, amboi…. Lain macam penangan Love.
Kalau ada sesiapa yang datang atau lalu area Sunway Pyramid Sabtu lepas mesti ramai yang hairan kenapa trafik macam tak bergerak langsung sejak tengah hari. Ini semua gara-gara — Love Pattranite — aktres Thailand yang hadir ke Sunway Pyramid.
Sanggup Datang Sehari Awal – Ini Baru Namanya Peminat Sejati!
Peminat Love dikatakan telah menunggu kedatangan aktres itu sejak malam sebelumnya sebab nak secure view terbaik nak tengok Love secara dekat.
Tapi bukan itu saja, peminat Love juga tidak lupa meraikan ulang tahun aktres ini lebih awal dengan menyanyikan lagu ‘Happy Birthday’ memberikan pengalaman yang tak dapat dilupakan Love.
Untuk yang masih tertanya-tanya siapa gadis yang mampu buat Sunway Pyramid jadi lautan manusia ni, nama penuhnya ialah Pattranite Limpatiyakorn.
Kehadirannya ke Malaysia adalah sebagai Face of Confidence untuk acara Eucerin Dermopure Clinical.
Eucerin Dermopure Clinical Ni Produk Baru Ke?
Tahu tak, jerawat sebenarnya antara masalah kulit paling lazim di dunia, di mana kira-kira 9.4% manusia di seluruh dunia terjejas, dan ia berada di kedudukan ke-8 sebagai penyakit paling prevalen secara global.
Bukan setakat masalah remaja je tau, ia boleh berlaku pada semua peringkat usia. Dan lebih daripada masalah kulit, ia boleh beri kesan besar kepada keyakinan diri seseorang.
Itulah sebabnya Eucerin serius dengan hal ni. Seperti yang dijelaskan oleh Charis Chan, Pengurus Pemasaran Eucerin Malaysia & Singapura:
“Dermopure Clinical mencerminkan komitmen Eucerin dalam memperkasa penjagaan jerawat melalui sains dermatologi. Berasaskan evolusi daripada rangkaian ProACNE kami, kami telah membangunkan sistem yang lebih menyeluruh untuk menyokong kulit berjerawat pada setiap peringkat, dengan formulasi yang diuji oleh pakar dermatologi, berkesan dan sesuai digunakan seawal usia 12 tahun.”
Eucerin Dermopure Clinical ni bukan sekadar produk jerawat biasa. Ia adalah rangkaian penjagaan kulit generasi baharu yang diformulasi khusus untuk menyokong kulit berjerawat pada setiap peringkat dan kondisi kulit.
Direka bukan sahaja untuk merawat jerawat, malah turut menangani kesan jerawat dan bintik hitam pendekatan yang lebih menyeluruh dan terbukti secara dermatologi untuk kulit yang lebih bersih, sekali gus membantu meningkatkan keyakinan diri.
Rahsia Kecantikan Love Ada Pada Eucerin Dermopure Clinical
Di sebalik kulit bersih dan cahaya keyakinan yang dipancarkan Love di atas pentas, ada satu rahsia penjagaan kulit yang kini dikongsinya terbuka dengan peminat Malaysia.
“Saya memakai solekan untuk tempoh masa yang lama, dan itu boleh menyebabkan jerawat serta kesan jerawat. Dermopure Clinical Triple Action adalah satu langkah yang saya tidak pernah tinggalkan, ia membantu mengawal keadaan kulit saya dan memberi keyakinan sama ada di depan kamera atau dalam kehidupan seharian.”
Nampak tak? Kulit secantik Love pun ada cabaran sendiri. Tapi dengan penjagaan yang betul, semua boleh diatasi. Jangan fikir artis ni lahir dengan kulit sempurna — dia kerja keras jaga kulit tu!
Hero Malaya Pun Ada! Nadhir Nasar Turut Berkongsi Pengalaman
Bukan Love seorang je yang jadi tumpuan hari tu. Pelakon popular Malaysia, Nadhir Nasar, yang ramai dah kenal sebagai hero pujaan tempatan — turut hadir dan berkongsi pengalamannya sendiri menggunakan Dermopure Clinical.
Nadhir yang juga pengguna setia produk ini berkata:
“Dengan cuaca panas di Malaysia serta penggambaran luar yang kerap, jerawat akibat peluh mudah berlaku. Correcting Gel to Foam Cleanser sesuai digunakan untuk wajah dan badan, serta membantu mengawal pertumbuhan jerawat seawal langkah pertama.”
Kalau hero Malaya sendiri pun ambil berat pasal penjagaan kulit, anda apalagi?
Kulit Cantik & Sihat Macam Artis Tidak Lagi Mustahil Dengan Dermopure Clinical
Apabila digunakan bersama sebagai rutin lengkap, rangkaian Dermopure Clinical terbukti membantu mengurangkan jerawat dan kesan jerawat secara ketara sehingga 92% dalam tempoh 2 minggu sahaja.
Rutin lengkap Dermopure Clinical Hanya Dengan 3 Langkah Mudah!
Langkah 1: Membersihkan wajah dengan Correcting Gel to Foam Cleanser – Pencuci wajah yang menggabungkan 2% Asid Salisilik, AHA dan PHA. Kepekatan setaraf serum dalam bentuk pencuci wajah. Ia membersih pori secara mendalam, mengurangkan lebihan sebum, memperbaiki bintik hitam, dan membantu merawat jerawat dari langkah pertama.
Paling best, sesuai digunakan pada wajah dan badan termasuk jerawat akibat peluh dan jerawat belakang badan. Sangat sesuai untuk iklim panas dan lembap macam Malaysia ni!
Langkah 2: Merawat dengan Triple Action Serum – Serum yang menangani jerawat, kesan jerawat, dan bintik hitam dalam satu langkah. Diformulasikan dengan 2% Asid Salisilik serta Thiamidol yang dipatenkan, hasilnya terbukti secara klinikal:
-Mengurangkan jerawat sehingga 66%
-Mengurangkan kesan jerawat sehingga 80%
-Mengurangkan bintik hitam sehingga 62%
Teksturnya ringan, tidak melekit, dan selesa untuk penggunaan harian. Sesuai untuk semua jenis tona kulit!
Langkah 3: Melindung dengan Sun Dry Touch Acne Oil Control SPF50 – Habis rawat jerawat, kenalah lindungi kulit dari matahari pula, sebab sinaran UV boleh buat kesan jerawat jadi lebih gelap. SPF50 ni tutup perlindungan korang setiap hari!
Kalau Love dan Nadhir pun bergantung pada Dermopure Clinical untuk jaga kulit, apa yang anda tunggu? Kulit cantik, keyakinan datang sendiri dan siapa tahu, mungkin lepas ni anda pun boleh buat orang terpana macam Love!
Eucerin Dermopure Clinical kini boleh didapati di farmasi berhampiran anda di seluruh negara. Ketahui lebih lanjut di: eucerin.my/products/dermopure-clinical atau dapatkan secara eksklusif di Watsons.





