Penampilan Ini Buat Saya Diterima & Dipandang Orang Luar Ketika Di Milan Dan New York – Neelofa

Hiburan

Penampilan Ini Buat Saya Diterima & Dipandang Orang Luar Ketika Di Milan Dan New York – Neelofa

Percutian Neelofa ke luar negara baru-baru ini telah mencuri perhatian para netizen. Salah satu sebabnya ialah fesyennya dengan seluar jeans koyak yang telah menjadi topik perbualan orang ramai. Malah kelibat Neelofa yang mengenakan turban ketika menghadiri sebuah majlis juga turut mendapat reaksi yang berbeza daripada peminat. Ada yang bersetuju, ada yang kecewa, ada yang mengkritik, ada yang memuji. Senang kata, apa sahaja yang digayakan oleh Neelofa ketika di luar negara baru-baru ini sentiasa mendapat perhatian orang ramai.

neelofa

Advertisement

Kalau sebelum ini kakak Neelofa iaitu Noor Nabila telah tampil memaklumkan bahawa adiknya itu memakai “inner” berwarna kulit untuk jeans koyaknya, kali ini giliran Neelofa tampil untuk memberi penjelasan. Kata Neelofa:-

Ia bukan kali pertama saya mengenakan jeans sebegitu dan orang yang komen itu mungkin baru kali pertama melihat diri saya, serta tak mengenali siapa saya. Saya tahu diri ini berhijab dan memang saya mengenakan ‘inner’ (pakaian dalam) bersama jeans itu. Biasalah, orang akan cuba mencari kesalahan memandangkan penampilan saya yang sebegini, jadi pelbagai kritikan dilemparkan

neelofa

Neelofa juga memaklumkan yang dia tidak akan sesekali membuka tudungnya seperti yang seringkali dilakukan oleh selebriti lain yang telah berhijrah. Persoalan ini timbul selepas Neelofa menggayakan turban yang menampakkan rambut ketika menghadiri malam gala Swarovski di Milan, Itali. Kata Neelofa:-

Saya tahu siapa diri ini dan saya suka memakai sesuatu yang dirasakan selesa, bukannya disebabkan suruhan orang lain. Saya juga tidak pernah terfikir untuk membuka hijab kerana inilah yang saya pilih sejak awal memakainya dulu.

Sebagai wanita berhijab, kita tak boleh terikat dengan satu fesyen saja, sebaliknya boleh jadi lebih bergaya. Dengan penampilan saya ini juga saya diterima dan dipandang orang luar ketika berada di Milan dan New York.

Kenapa orang suka menghukum sesuatu daripada melihat apa yang saya lakukan untuk negara, agama dan budaya ketika berada di sana? Saya diundang mewakili negara ke Persidangan Belia Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu di New York untuk bercakap selama 20 minit mengenai kepelbagaian budaya

neelofa

Inilah harga yang perlu dibayar oleh semua selebriti. Apa sahaja yang dipakai, apa sahaja yang dilakukan, apa sahaja perkongsian akan menjadi bahan bualan orang ramai. Itu satu perkara biasa. Anggaplah ini semua sebagai cabaran dan jadikan ia satu perangsang untuk terus maju dalam kerjaya. Asalkan kita tahu apa yang terbaik buat diri kita, itu sudah cukup. Tapi janganlah sampai terang-terangan melanggar hukum agama. Apa pun, good luck and all the best kepada Neelofa. Terima kasih juga kerana telah mengharumkan nama Malaysia ketika berada di luar negara. Sumber Berita Harian.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...