Pemuzik Patahkan Palang Automatik, Mengamuk Tak Dibenarkan Masuk Kondo – “Ada Tunggakan ‘Maintenance Fee’ Lebih RM6K”

Hiburan

Pemuzik Patahkan Palang Automatik, Mengamuk Tak Dibenarkan Masuk Kondo – “Ada Tunggakan ‘Maintenance Fee’ Lebih RM6K”

Seorang pemuzik ditahan di perkarangan Balai Polis Pandan Indah jam 8.30 malam semalam selepas bertindak mematahkan palang automatik sebuah kondominium di Ampang Jaya.

Menurut Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Mohd Azam Ismai, kejadian itu berlaku pada 19 Disember jam 12.35 tengah hari dan dilaporkan oleh seorang eksekutif pada hari yang sama.

Advertisement

Difahamkan, pengawal keselamatan lelaki berusia 55 tahun telah diminta untuk membuka palang automatik itu oleh suspek untuk masuk ke dalam kondominium.

palang

Bagaimanapun, apabila pengawal tidak membuka palang itu suspek bertindak mematahkan palang tersebut dan terus masuk menyebabkan syarikat keselamatan berkenaan mengalami kerugian kira-kira RM1,500.

Pengawal keselamatan tidak membenarkannya untuk meletak kenderaan dalam kawasan kondominium kerana terdapat tunggakan bayaran penyelenggaraan sebanyak RM6,448.

Suspek yang telah ditahan itu akan direman selama empat hari bermula 19 Disember untuk siasatan lanjut yang dibuat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat.

Semakan pihak polis mendapati suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan juga turut didapati negatif dadah.

awal
3 years ago

(VIDEO) Didakwa Lakukan Khianat Rosakkan Palang Pagar, Awal Ashaari Dihadapkan Ke Mahkamah

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Kosmo

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...