(VIDEO) Didakwa Lakukan Khianat Rosakkan Palang Pagar, Awal Ashaari Dihadapkan Ke Mahkamah

Hiburan

(VIDEO) Didakwa Lakukan Khianat Rosakkan Palang Pagar, Awal Ashaari Dihadapkan Ke Mahkamah

Pelakon dan pengacara popular, Awal Ashaari didakwa di Mahkamah Majistret, Petaling Jaya atas pertuduhan melakukan khianat merosakkan palang pagar milik pengurusan sebuah perumahan di Damansara.

Awal atau nama sebenarnya Ahmad Awaluddin Ashaari, membuat pengakuan tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Zhafran Rahim Hamzah.

Advertisement

Menurut laporan Utusan, selebriti itu didakwa melakukan khianat dengan merosakkan palang pagar milik pengurusan Challis Damansara dengan kerugian sebanyak RM600.

Difahamkan, kejadian berlaku di pondok pengawal perumahan itu di Jalan PJU 3/30 pukul 11.30 pagi pada 16 April lalu.

Susulan itu, pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak kurang setahun dan maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

3 bulan lalu

(TERKINI) 19 Tahun Bersama, Ellie Suriaty Dan Azri Iskandar Disahkan Bercerai

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...