Pemuda Semangat Tunjuk ‘Skill’ Silat Tapi Lain Pula Jadinya

Trending

Pemuda Semangat Tunjuk ‘Skill’ Silat Tapi Lain Pula Jadinya

Sempena Sambutan Hari Malaysia baru-baru ini, ramai yang dilihat menghasilkan pelbagai video kreatif di media sosial untuk menunjukkan semangat cinta akan negara dan rasa bangga menjadi rakyat Malaysia.

Kalau tahun-tahun sebelum ini, pastinya banyak Sambutan Hari Malaysia yang dianjurkan oleh banyak pihak namun disebabkan penularan wabak Covid-19 yang melanda negara, kita disyorkan untuk tidak melakukan sambutan secara besar-besaran dan terbuka.

Advertisement

3 years ago

Semarakkan Hari Kemerdekaan Dengan 5 Lagu Patriotik Ini

Disebabkan itu, ramai individu yang mengambil inisiatif lain untuk mengekalkan kemeriahan Sambutan Hari Malaysia yang berlangsung dengan menggunakan platform media sosial. Tidak kisah lah apa cara sekalipun, asalkan kita dapat mengekspresikan semangat cinta kita pada negara.

Baru nak tunjuk skill silat, sekali seluar pula buat hal

Baru-baru ini tular di laman TikTok, sebuah perkongsian video daripada seorang pengguna media sosial tersebut bernama aerril_nasril yang memaparkan sebuah kumpulan merakam kenangan indah memegang bendera Malaysia dan penampilan seorang pemuda menunjukkan aksi silat.

Dalam perkongsian video tersebut, kelihatan seorang pemuda dan kawan-kawannya sedang merakam video pendek mereka sempena Hari Malaysia 16 September lalu.

Dengan berlatar belakangkan lagu bertajuk Negaraku nyanyian Faizal Tahir, Joe Flizzow, Altimet dan Sonaone, video tersebut dilihat sangat menarik dan berhasil menunjukkan semangat patriotik mereka.

Apa yang membuatkan ramai penonton perkongsian video tersebut ketawa adalah apabila pemuda memakai baju Melayu biru yang menjadi watak utama dalam video itu mahu menunjukkan skill silatnya, tiba-tiba terdengar satu bunyi yang mencurigakan.

Rupa-rupanya, seluarnya terkoyak sebaik saja dia membuka silatnya. Dia pantas menutup bahagian yang terkoyak di bawah kerana malu gara-gara bunyi yang kuat. Rakan-rakannya turut ketawa melihat gelagat pemuda tersebut.

“Opening dah lawa, bunyi prakkk tu hahahaha spoil”

Setakat ini, perkongsian video tersebut telah mendapat sebanyak 280.6 ribu tontonan, 40.4 ribu tanda like dan 976 komen. Rata-rata netizen turut terhibur dan ketawa melihat insiden seluar terkoyak tersebut.

Seluar koyak ketika silat

Antara komen netizen di ruangan komen perkongsian tersebut – via TikTok

 

Seluar koyak ketika silat

Antara komen netizen di ruangan komen perkongsian tersebut – via TikTok

Ada juga yang berseloroh memberikan dialog dalam filem Allahyarham P. Ramlee Pendekar Bujang Lapok yang cukup sinonim dengan insiden yang dihadapi pemuda tersebut.

Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...