Semarakkan Hari Kemerdekaan Dengan 5 Lagu Patriotik Ini

Trending

Semarakkan Hari Kemerdekaan Dengan 5 Lagu Patriotik Ini

Tanggal 31 Ogos sememangnya satu tarikh yang cukup bermakna bagi kita seluruh rakyat Malaysia. Sedar tidak sedar, tahun ini Malaysia bakal mencapai kemerdekaan yang ke 64 tahun.

Walaupun kini kita tidak lagi dapat menyambut kemeriahan dan melihat suasana Hari Kebangsaan secara langsung depan mata akibat wabak pandemik Covid-19 yang melanda negara, itu tidak menjadikan kita semua hilang semangat patriotik.

Advertisement

3 bulan lalu

Ini Sebab Kenapa 31 Ogos 1957 Dipilih Menjadi Tarikh Kemerdekaan

Menerusi petikan daripada gempak.com dan sempena tanggal 31 Ogos 2021 yang bakal tiba, berikut adalah lima lagu patriotik yang mampu menyemarakkan semangat dan rasa cinta kita terhadap negara.

1. Tanggal 31 Ogos – Sudirman

Lagu kemerdekaan

Lagu Tanggal 31 Ogos – Sumber Google

Boleh dikatakan, lagu Tanggal 31 Ogos ini adalah lagu Hari Kebangsaan paling popular dan evergreen serta tidak lengkap sambutan Bulan Kemerdekaan tanpa lagu Tanggal 31 Ogos ini.

Tidak kira tua atau muda, bait-bait lirik lagu ini pastinya sudah sebati dalam diri seluruh rakyat Malaysia. Lagu ini terus diminati oleh ramai peminat tidak kira bangsa yang dapat membangkitkan semangat patriotisme pada negara tercinta.

Advertisement

Lagu ini dinyanyikan oleh Allahyarham Sudirman Haji Arshad dan lirik lagu ini ditulis oleh Ahmad C.B. Rentak dan bait-bait lirik lagu ini cukup berbisa sehingga mampu menyentap semangat rakyat Malaysia.

2. Standing In The Eyes Of The World – Ella

Lagu kemerdekaan

Lagu Standing In The Eyes Of The World – Sumber Google

Lagu Standing in the Eyes of the World ini merupakan lagu tema Sukan Komanwel pada tahun 1998 yang mana Malaysia telah menjadi tuan rumah ketika itu.

Lagu ini ialah hasil ciptaan Wah Idris dan komposer Amerika Syarikat, David Gates dengan liriknya ditulis oleh Habsah Hassan. Lagu ini dinyanyikan oleh Ella dalam dua versi iaitu Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.

Ella yang menyanyikannya dengan nada rock beliau, diselangi chorus yang dinyanyikan ramai-ramai, sentiasa membuatkan pendengar lagu ini terikut-ikut untuk menyanyi sekali.

Sehingga kini, lagu ini masih menjadi pilihan setiap kali perlawanan sukan berlangsung. Bukan sahaja boleh membangkitkan rasa cinta pada negara, lagu ini juga mampu membuatkan kita menitiskan air mata.

3. Gemuruh – Faizal Tahir

Lagu kemerdekaan

Lagu Gemuruh – Sumber Google

Lagu Gemuruh nyanyian Faizal Tahir ini boleh juga dikategorikan sebagai lagu patriotik Malaysia. Dari bait-bait lirik dan rentak lagunya, anda boleh rasa semangat menjadi rakyat Malaysia.

Lagu ciptaan Aubrey Suwito ini dimuatkan dalam album sulung Faizal Tahir bertajuk Aku.Kamu.Muzik. Melodi yang pantas dan lirik yang positif menjadikan lagu ini selalu dimainkan bagi menaikkan semangat dalam acara-acara motivasi.

Sehingga kini, lagu ini masih lagi dimainkan dengan kerap di corong-corong radio dan mampu menyemarakkan semangat jati diri dan patriotik dalam setiap jiwa anak Malaysia.

Advertisement

4. Negaraku – Faizal Tahir, Joe Flizzow, Altimet dan Sonaone

Lagu kemerdekaan

Lagu Negaraku – Sumber Google

Hasil gabungan mantap empat penyanyi terkenal Malaysia iaitu Faizal Tahir, Joe Flizzow, Altimet dan Sonaone, lagu ini telah dilancarkan bersempena dengan sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia tahun 2016.

Lagu Negaraku ini telah digubah oleh Ezra Kong, Mike Chan dan Faizal Tahir dari Faithful Music dan ditulis oleh artis-artis yang mendendangkan lagu tersebut.

Penerimaan seluruh rakyat Malaysia terhadap lagu ini sudah cukup untuk membuktikan yang sesuatu lagu itu jika diberi susunan serta garapan yang baik ianya boleh menjadi popular, sebaris lagu genre lain. Ia juga menandakan yang lagu patriotik masih mendapat tempat di hati pendengar.

5. Gemuruh Suara – Team Malaysia

Lagu kemerdekaan

Lagu Gemuruh Suara – Sumber Google

Lagu ini asalnya merupakan kolaborasi Telekom Malaysia (TM) dan Majlis Sukan Negara (MSN) bagi mengiringi perjalanan para atlet Malaysia dan seluruh rakyat yang memberikan sokongan bersempena temasya Sukan SEA ke-26 yang berlangsung di Indonesia.

Lagu hasil ciptaan Norman, Yusry dan Edry dari kumpulan KRU ini turut mendapat sentuhan liriknya daripada Ramli Sarip, Caprice dan Dato’ Shafri Mohamad.

Kejayaan lagu ini untuk meyemarakkan rasa semangat dalam diri rakyat Malaysia dapat dibuktikan apabila ia sering digunapakai untuk mana-mana acara sukan bagi menanamkan semangat Malaysia Boleh dalam hati para atlet negara.

Demikian sahaja lima lagu patriotik yang mampu menyemarakkan semangat dan rasa cinta kita terhadap negara. Selamat menyambut Hari Kebangsaan yang ke-64 diucapkan kepada seluruh rakyat Malaysia.

Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...