Pemuda ‘Hitam Manis’ Yang Viral Kini Jaga Parking Pula

Trending

Pemuda ‘Hitam Manis’ Yang Viral Kini Jaga Parking Pula

Tidak dinafikan, media sosial sememangnya sudah menjadi sebahagian daripada hidup kita zaman sekarang ini. Boleh dikatakan, setiap hari kita mesti akan buka laman media sosial kita. Betul tak?

Selain dari membaca berita semasa, ramai yang menggunakan platform media sosial ini untuk urusan perniagaan, berkongsi pendapat, berkongsi gambar serta video, meluahkan perasaan dan pelbagai lagi.

Advertisement

4 bulan lalu

Gelagat Spontan Pemuda 'Hitam Manis' Curi Perhatian Netizen

Aplikasi TikTok adalah salah satu platform media sosial yang kian mendapat sambutan yang begitu menggalakkan zaman sekarang ini. Ia sememangnya satu platform mudah untuk individu menjadi popular dengan hanya melakukan aksi spontan.

Kadangkala, perkongsian video yang tak disangka itulah yang akan naik di laman For Your Page (FYP) dan mendapat tumpuan netizen di TikTok. Korang masih ingat tentang pemuda hitam manis yang pernah viral sebelum ini? Beberapa bulan lepas, pemuda tersebut telah menjadi fenomena di TikTok gara-gara dia bergoyang di atas motor ketika menunggu di traffic light.

Pemuda ‘hitam manis’ tersebut sporting menggoyangkan kepala apabila dirakam

Baru-baru ini, pemuda berkulit hitam manis tersebut sekali lagi meraih tumpuan netizen selepas rakamannya belanja goyang kepala semasa menjaga parking yang dikongsikan seorang pengguna bernama @4pytts_ telah tular di TikTok.

Advertisement

Dalam perkongsian video tersebut, kelihatan pemuda yang dikenali sebagai Angah Akif itu sedang bertugas menjaga kaunter parking di sebuah kawasan yang tidak dikenal pasti.

Apa yang menarik perhatian ramai penonton perkongsian video tersebut adalah apabila pemandu kereta yang kebetulan lalu di situ perasan akan kelibatnya dan tidak melepaskan peluang untuk merakam pemuda tersebut.

Lebih menghiburkan apabila pemuda berkulit hitam manis itu juga dilihat sangat sporting melayan permintaan individu yang merakam video tersebut dan sakan bergoyang kepala apabila lagu viral itu dimainkan semula.

“Anak boss megah holding ke adik ni. Merata tempat dia ada..”

Setakat ini, perkongsian video tersebut telah mendapat sebanyak 5.5 juta tontonan, 455.2 ribu tanda like dan 3.5 ribu komen. Rata-rata netizen turut terhibur melihat pemuda berkulit hitam manis tersebut.

Pemuda hitam manis Pemuda hitam manis Pemuda hitam manis Pemuda hitam manis Pemuda hitam manis Pemuda hitam manis Pemuda hitam manis Pemuda hitam manis Pemuda hitam manis Pemuda hitam manis

Pemuda hitam manis

Antara komen netizen di ruangan komen perkongsian tersebut – via TikTok

Ramai juga yang berseloroh dan mengatakan yang mereka ingin tahu apakah pekerjaan sebenar pemuda hitam manis tersebut kerana dia dilihat berada di mana-mana sahaja.

Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...