Gelagat Spontan Pemuda ‘Hitam Manis’ Curi Perhatian Netizen

Trending

Gelagat Spontan Pemuda ‘Hitam Manis’ Curi Perhatian Netizen

Seperti yang kita tahu, zaman sekarang ini media sosial sememangnya sudah menjadi sebahagian daripada hidup kita, lagi-lagi bila banyak waktu terluang di rumah disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan oleh kerajaan.

Boleh dikatakan, setiap hari kita mesti akan buka laman media sosial kita. Selain dari membaca berita semasa, ramai yang menggunakan platform media sosial untuk urusan perniagaan, berkongsi pendapat, berkongsi gambar serta video, meluahkan perasaan dan sebagainya.

Advertisement

3 years ago

Akaun TikTok Remaja Paksa Tidur Hilang 500k Pengikut

Salah satu platform media sosial yang menjadi trend zaman sekarang ialah aplikasi TikTok, bukan golongan muda sahaja yang menggunakan aplikasi ini malah banyak juga digunakan oleh golongan dewasa.

Memang tidak dinafikan, aplikasi TikTok ini semakin menjadi pilihan ramai sebagai medium untuk berkongsi pelbagai jenis video. Tidak kira lah sama ada video untuk tujuan pendidikan, berkongsi informasi atau atau hanya sekadar hiburan dalam kehidupan seharian.

Ramai ‘cair’ lihat aksi bersahaja pemuda berkulit hitam manis ini ketika menunggu di traffic light

Tular baru-baru ini di laman TikTok, sebuah perkongsian video memaparkan gelagat seorang pemuda yang sedang membonceng rakannya ketika berhenti di traffic light.

Dalam perkongsian video tersebut, pemuda itu dilihat menari kecil sambil tersenyum ketika mendengar lagu dari sebuah kereta disebelahnya.

Individu yang merakam gelagat pemuda tersebut bernama ayah_amin dan merupakan pemilik akaun TikTok yang berkongsi video tersebut.

Aksi spontan pemuda berkulit hitam manis tersebut tanpa disangka-sangka telah mencuri perhatian ramai netizen di media sosial sehinggakan mereka telah bertindak untuk mencari akaun peribadi Facebook dan Instagram pemuda itu.

“Ulang sebab tak puas tengok kemanisan lelaki depan tu”

Perkongsian video tersebut setakat ini telah mendapat sebanyak 4.5 juta tontonan, 378.9 ribu tanda like dan 8.6 ribu komen.

Rata-rata netizen terhibur dengan gelagat pemuda tersebut dan terpesona melihat senyuman pemuda itu terutama pengguna media sosial wanita.

Pemuda hitam manis curi perhatian netizen

Komen netizen di ruangan komen perkongsian tersebut – via Tiktok

 

Pemuda hitam manis curi perhatian netizen

Komen netizen di ruangan komen perkongsian tersebut – via Tiktok

Ada juga yang berseloroh mengatakan mereka telah mengulang video tersebut berulang kali kerana tidak puas melihat kemanisan pemuda tersebut dan tidak kurang ramai juga yang mengatakan pemuda tersebut cute.

Disebabkan tularnya perkongsian video tersebut, ramai juga pengguna media sosial TikTok itu bertindak melakukan parodi video itu menggunakan rakaman audio video asal. Hati pemuda itu mesti berbunga-bunga kan sebab ramai pemuji kemanisan dia?

Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...