Baru-baru di laman Facebook, seorang individu mendakwa lagu yang kini menjadi siulan ramai iaitu Malam Pagi nyanyian Saixse lari dari akidah.
Bahkan, individu terbabit turut berkata penulis lagu tersebut seseorang yang tiada iman kerana seolah mencerita seorang pemuda yang hidup bergelumangkan dengan maksiat.
Ia menceritakan seorang pemuda fasik. Untuk mengubati hati yang lara, dia ke parti atau kelab malam.
Kata pemuda itu lagi, pada mulanya dia mahu berfikiran positif tetapi setelah melihat muzik video lagu ciptaan Saixse itu, dia yakin sangkaannya betul.
Dalam pada itu, individu itu juga menyentuh beberapa baris lirik yang dikatakan mempunyai unsur maksiat serta melanggar aturan Allah.
Lagi membuatkan dirinya mahu pertikaikan hal ini kerana orang yang menulis lagu popular tersebut merupakan seorang Muslim.