‘Meriah’- Viu Malaysia Rai Semangat Kemerdekaan Dengan Viu Lokal Lah!

Trending

‘Meriah’- Viu Malaysia Rai Semangat Kemerdekaan Dengan Viu Lokal Lah!

Baru-baru ini Viu Malaysia, laman perkhidmatan penstriman video OTT pan-serantau terkemuka telah sama-sama meraikan sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-66.

Melalui kempen Viu Lokal Lah! yang dianjurkan di Lalaport, BBCC pada 31 Ogos yang lalu, Viu menzahirkan komitmen serta inisiatif mereka dalam menyokong industri seni tanah air melalui penyiaran kandungan tempatan dan juga penerbitan Viu Original.

Advertisement

Menarik mengenai siri yang ditayangkan di Viu, kebanyakan drama di platform ini membawa plot yang lebih segar dan ada yang mendapat pengiktiran di peringkat antarabangsa.

Meriah dengan kehadiran artis popular

VIU

Kredit: Viu Malaysia

Acara Viu Lokal Lah! minggu lalu telah berlangsung selama hampir 6 jam bermula 4.00PM-10.00PM.  Pada sebelah petang terdapat sesi Meet & Greet bersama pelakon daripada siri yang bersiaran dia Viu.

Banyak nama-nama besar yang hadir seperti Hun Haqeem, Daiyan Trisha, Amierul Aiman, Tony Eusoff, Siti Khadijah Halim, Sophia
Albarakbah, Ikmal Amry dan ramai lagi.

viu

Kredit: Viu Malaysia

 

viu

Kredit: Viu Malaysia

Pada malamnya pula telah berlangsung meriah Viu Lokal Lah! Live Showcase yang dibawakan oleh Vivo Y78 5G. Artis yang membuat persembahan pun bukan biasa-biasa, ada Bunkface, Saixse, Kidd Santhe, Radhi OAG & Budak Scene All-Stars, MK K-Clique, Aisha Retno dan Fimie Don.

Tapi paling gempak dan dinanti semestinya persembahan daripada legend Radhi OAG dan Bunkface. Kehadiran mereka diatas pentas sahaja terus buatkan pengunjung tak senang duduk dan turut sama bernyanyi. Memang enjoy habislah!

Terima kasih Viu kerana mengangkat kreativiti anak seni tempatan melalui penghasilan siri yang lebih menarik dan segar.

Antara siri Viu Original yang korang boleh saksikan di Viu adalah seperti I Love You, Stupid, Nenek Bongkok Tiga, Hilang, She Was Pretty (Malaysia), Keluarga Baha Don musim 1-3 dan Black.

Tunggu apa lagi jom langgan perkhidmatan Viu untuk siri yang lebih menarik dan up-to-date. Nantikan siri terbaru yang dinanti ramai iaitu From Saga With Love dan W (Malaysia). Akan menemui anda di kaca televisyen tidak lama lagi.

Untuk maklumat lanjut, layari media sosial Viu Malaysia.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...