Pemuda 24 Tahun Kahwini 2 Isteri Dalam Masa 6 Hari

Dunia

Pemuda 24 Tahun Kahwini 2 Isteri Dalam Masa 6 Hari

Walaupun mulut berkata tidak mahu, tetapi kebanyakan lelaki mengimpikan untuk beristeri dua. Tak gitu? Tapi, jika korang merasakan diri mampu dari segala aspek, apa salahnya. Macam kisah seorang pemuda yang viral selepas dikatakan telah mengahwini dua orang wanita hanya dalam masa 1 minggu.

rise ini kalilah
3 years lalu

Kurang Kefahaman Terhadap Al-Quran Dan Sunnah Punca Poligami Tidak Berlaku Adil Terhadap Wanita-Imam Besar Al-Azhar

Advertisement

Kejadian ini berlaku di wilayah Sumatera Selatan selepas lelaki 24 tahun yang dikenali sebagai Jek telah mengahwini seorang lagi gadis selepas 1 minggu disatukan dengan isteri pertama.

Jek tidak merancang untuk berpoligami tetapi keadaan memaksa.

This image has an empty alt attribute; its file name is kahwin-dua-empat-lawang.jpg

“Saya pulang ke kampung untuk bercuti baru-baru ini, datuk dan nenek memperkenalkan saya dengan keluarga isteri pertama, Linda. Kedua-dua keluarga bersetuju agar kami berkenalan. “

“Sebagai seorang cucu yang baik dan berniat untuk membahagiakan kedua-dua buah keluarga, saya menuruti permintaan mereka untuk berkahwin dengan Linda pada Ogos lepas.”

Selepas sah sebagai suami isteri, Jek kemudian membuat pengakuan, dia sebenarnya sudah mempunyai kekasih hati dan bersama selama dua bulan. Jek yang terlalu mencintai gadis yang dikenali sebagai Vivian bersedia untuk menceraikan isteri pertamanya jika tidak bersetuju untuk berpoligami. Isteri pertama Jek kemudian membenarkannya dan majlis perkahwinan diadakan.

“Perkahwinan kami hanya selang enam hari. Ketika majlis perkahwinan bersama Vivian, pihak keluarga meminta Linda memakai kembali pakaian pengantin agar dia turut berasa bahagia. Saya mencintai kedua-duanya dan berharap dapat berlaku adil.”

Mesti ramai kaum lelaki nak tahu apalah rahsia Jek dapat yakinkan isteri untuk kahwin lagi satu dalam masa 6 hari sahaja, huhu. Sesungguhnya cinta itu buta. Apapun tahniah Jek dan isteri-isteri, semoga bahagia hingga akhir hayat.

Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...