Kurang Kefahaman Terhadap Al-Quran Dan Sunnah Punca Poligami Tidak Berlaku Adil Terhadap Wanita-Imam Besar Al-Azhar

Trending

Kurang Kefahaman Terhadap Al-Quran Dan Sunnah Punca Poligami Tidak Berlaku Adil Terhadap Wanita-Imam Besar Al-Azhar

Sebut sahaja poligami, pastinya ia ibarat racun dalam hidup seorang wanita. Berbeza dengan lelaki, poligami lebih memberi penawar kepada golongan ini.

poli

Advertisement

Namun, poligami bukanlah satu tanggungjawab yang enteng untuk dipikul kerana ia mempunyai amanah yang besar.

Kebanyakan lelaki yang mengamalkan poligami, sering lupa akan tanggungjawab dan amanah yang mereka pikul sehingga membuatkan para isteri terseksa dan dizalimi.

Mereka berpoligami tetapi lupa berpegang kepada ajaran al-Quran dan sunnah. Mereka tahu dalam Islam boleh kahwin lebih daripada satu dan tidak lebih daripada empat, tetapi kurang faham maksud poligami yang sebenarnya.

Itulah yang diakui oleh Imam Besar Masjid dan Universiti Al Azhar di Mesir, Sheikh Ahmed al-Tayeb. Menurutnya, poligami seringkali berlaku tidak adil terhadap golongan wanita.

“Poligami selalunya merupakan ketidakadilan terhadap wanita dan kanak-kanak,” kata ulama institusi pengajian tinggi Islam itu.

Menurut Sheikh Ahmed amalan itu berpunca daripada kurang kefahaman terhadap Al-Quran dan Sunnah (Nabi Muhammad SAW).

poli

Laporan AFP juga turut mengatakan Ahmed turut menyampaikan isu yang sama Jumaat lalu dalam program mingguan televisyen di Mesir.

“Mereka yang berkata perkahwinan mesti berpoligami adalah salah.

“(Di dalam Al-Quran dijelaskan lelaki Muslim) perlu mematuhi kewajipan berlaku adil, dan jika tidak dapat berlaku adil maka dilarang untuk mempunyai ramai isteri,” jelasnya.

Selain itu, Sheikh Ahmed turut berkata penyampaian isu-isu wanita juga perlu diubah.

“Wanita mewakili separuh daripada masyarakat, jika kami tidak prihatin terhadap mereka ia seperti kita berjalan dengan hanya satu kaki sahaja,” ujarnya.

Bagaimanapun kenyataan Sheikh Ahmed itu tidak bermaksud beliau menggesa supaya poligami dilarang, lapor AFP yang memetik penjelasan Universiti Al-Azhar kelmarin.

Sumber Berita: Malaysiakini

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...