Peminjam PTPTN Terjejas Banjir Dibenarkan Tangguh Bayaran Balik

Berita

Peminjam PTPTN Terjejas Banjir Dibenarkan Tangguh Bayaran Balik

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mengumumkan bahawa peminjam yang terjejas banjir boleh memohon penangguhan bayaran pinjaman kepada PTPTN selama tiga bulan, lapor mStar Online.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad di mana bencana banjir baru-baru ini telah mengakibatkan kemusnahan harta benda kepada mereka yang terjejas termasuklah peminjam PTPTN.

Advertisement

PTPTN

Peminjam yang terkesan boleh kemukakan permohonan kepada PTPTN bermula 28 Disember hingga 31 Mac 2022. Butiran lanjut mengenai perlaksanannya akan diumumkan PTPTN.

Ujar Noraini lagi, pendekatan itu diambil selari dengan aspirasi kerajaan hari ini yang sentiasa prihatin dan komited membantu rakyat Malaysia dalam waktu mencabar ini.

”Diharap penangguhan bayaran balik pinjaman PTPTN ini dapat meringankan beban pinjaman yang terkesan.” katanya lagi.

Asyraf Wajdi Dusuki
2021-12-25 12:26:13

Rakyat Bukan Suka-Suka Tuntut, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Minta Kerajaan Pertimbang Pengeluaran RM10K KWSP

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : mstar Onlnie

Peminjam PTPTN Terjejas Banjir Dibenarkan Tangguh Bayaran Balik Beautifulnara -Terkini dan Sensasi

Beautifulnara -Terkini dan Sensasi, Gosip, Berita, Informasi & Video Viral Selebriti Malaysia Tempatan