“Peminat Yang Tak ‘Move On’ Sebenarnya..” Foto Zizan Dan Emma Cetus Reaksi Lucu Peminat

Hiburan

“Peminat Yang Tak ‘Move On’ Sebenarnya..” Foto Zizan Dan Emma Cetus Reaksi Lucu Peminat

Sememangnya ramai sudah sedia maklum mengenai hubungan yang pernah terjalin antara pelakon Zizan Razak dan Emma Maembong pada suatu ketika dahulu.

Hanya tinggal sejarah, kedua-dua figura ini telah melalui fasa kehidupan baharu di mana Emma sudah pun bergelar ibu kepada seorang anak manakala Zizan pula terus maju melakar kejayaan sebagai seorang anak seni.

Advertisement

Terbaharu, muncul pula komen-komen nakal daripada netizen apabila Zizan ada memuat sekeping foto yang merakamkan kehadiran Emma dan suami ketika pembukaan restorannya baru-baru ini.

Dalam foto tersebut, turut hadir sama adalah pelakon Ummi Nazeera dan suaminya.

Advertisement

Tengok siapa datang restoran saya. Terima kasih kepada semua yang datang beri sokongan, nanti datang lagi bawa anak cucu semua.

Menjengah ke ruangan komen, ramai peminat tidak pula mengecam malah mendoakan agar pelakon lelaki itu cepat dipertemukan jodoh dengan wanita pilihan kelak.

“Nampaknya netizen yang tak boleh ‘move on’, bukannya Zizan.” komen seorang netizen.

“Agak pedih tapi tidak mengapa.” seloroh seorang lagi peminat.

Meskipun hubungan cinta tidak menjadi, sikap profesional antara Zizan dan Emma sepatutnya dipuji kan?

Zizan Razak
2 minggu lalu

Kini Memilih Watak, Zizan Razak Mahu Karya Lakonan Yang Lebih Berkualiti

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...