Peminat Tanya Bekas Suami Datang Jenguk Anak Atau Tidak, Ini Respon Shila Amzah – ” Tak Apalah, Yang Penting..”

Hiburan

Peminat Tanya Bekas Suami Datang Jenguk Anak Atau Tidak, Ini Respon Shila Amzah – ” Tak Apalah, Yang Penting..”

Penyanyi Shila Amzah baru-baru ini disoal peminat gara-gara kelibat bekas suami yang jarang sekali dilihat bersama dengan anak mereka, Seth Uwais.

Persoalan itu difahamkan telah dibangkitkan oleh seorang individu yang bertanya sama ada bapa Seth, Haris Idraki Elias pernah melawat anak mereka selama ini.

Advertisement

Jawab pertanyaan peminat

Menjawab pertanyaan itu, Shila berkata dia lebih mengutamakan kegembiraan anak tunggalnya itu dan tidak mahu ia menganggu kehidupan kanak-kanak berkenaan.

Dia juga memohon doa daripada peminat agar menitipkan doa dan perkara yang baik-baik buat Seth.

Dalam pada itu, penyanyi Patah Seribu itu juga ada berkongsi perasaan teruja dan sebak apabila melihat anaknya itu memulakan hari pertama persekolahan.

Sebak lihat anak masuk sekolah

Sekadar info, Shila pernah mendirikan rumah tangga bersama Haris Edraki Elias pada April 2018 namun bercerai pada tahun 2022.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Seth Uwais yang kini berusia empat tahun.

Shila kemudiannya berkahwin kali kedua bersama pensohor media sosial, Ubai pada 4 Ogos lalu.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Khairul aming damian
12 months ago

"Aku Tak Sebodoh Orang Yang Tak Reti Baca Dan Hadam Post Cuit Jenaka Ni, Semua Benda Nak Emo" - Damian VE

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...