“Aku Tak Sebodoh Orang Yang Tak Reti Baca Dan Hadam Post Cuit Jenaka Ni, Semua Benda Nak Emo” – Damian VE

Hiburan

“Aku Tak Sebodoh Orang Yang Tak Reti Baca Dan Hadam Post Cuit Jenaka Ni, Semua Benda Nak Emo” – Damian VE

Penyanyi dan komposer, Damian Mikhail tampil membuat satu kenyataan panjang lebar di Instagramnya berhubung isu produk sambal milik pempengaruh media sosial Khairul Aming yang telah diciplak peniaga lain baru-baru ini.

Damian sebelum ini ada menulis di aplikasi X yang membandingkan resipi daging burger yang seperti sama dengan burger keluaran restoran makanan segera terkenal dan turut mengaitkan dengan isu sambal yang diciplak itu.

Advertisement

Padam hantaran ‘kontroversi’

Dikecam hebat, Damian kemudian memadam hantaran tersebut dan tampil memberikan penjelasan secara terperinci kepada peminat dan netizen di luar sana.

Aku tanya soalan awal, tuju kepada netizen taksub, bukan kat KA. Kalau tak faham bahasa, pergi balik ke sekolah. Kalau hati busuk, zikir dan istighfar banyak-banyak.

Aku tak pernah cakap aku sokong kerja atau orang yang menciplak. Hakikatnya, kalian yang pakar-pakar IP (harta intelek) belaka pun pakai gambar profil, gambar curi internet pun tak beretika sebenarnya.

Tidak pernah menuding jari kepada K.Aming

 Aku tak cakap pun KA salah di dalam mana-mana situasi itu. Aku sokong dia ambil tindakan kerana ada ‘locus standi’ (hak atau kapasiti untuk mengambil tindakan) dalam kes ni.

Tulisnya lagi, dia tidak sebodoh orang-orang yang tidak pandai menilai hantaran berunsur jenaka dan menganggap sesetengah orang lebih gemar emosi dan marah sebelum mengetahui sesuatu perkara dengan lebih lanjut.

Damian juga memohon maaf kepada semua sekiranya hantaran di aplikasi X itu telah menimbulkan perasaan kurang senang dan salah faham dalam kalangan netizen.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Atiq Azman
4 months ago

"Saya Malas Nak Berdiam Diri Lagi" - Sering Dituduh Homoseks*al, Atiq Azman Kongsi Gambar Dengan Teman Wanita

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...