Baru-baru ini, kecoh mengenai desas desus yang mengatakan seorang pelakon lelaki terkenal Indonesia dan juga Malaysia sebenarnya mempunyai kecendurangan seksual yang songsang dan meminati hubungan sejenis.
Pelakon lelaki kacak itu sememangnya dikenali dengan filem-filem blockbuster Indonesia dan pernah membintangi naskah lakonan bersama aktor Malaysia.
Dakwaan itu muncul setelah beberapa video memaparkan aktor itu keluar dan beraksi mesra bersama seorang penyanyi lelaki terkenal yang hits dengan lagu balada.
Malah, seorang pensohor media sosial negara itu ada membongkar mengenai satu rahsia yang mendedahkan pelakon tersebut itu sebagai mantan kekasihnya.
Malah, sejak tularnya gosip itu, ibu pelakon itu sudah tidak lagi mengikuti pensohor media sosial itu di Instagram.
Dia memang sangat terkenal. Tak pernah menyorok tentang kami, lancar-lancar saja. Tapi kami bergaduh pada tahun 2014 dan hal itu berpunca daripadanya.
Kamu (pelakon) yang peluk-peluk saya di bioskop. Kamu yang menyorok jati diri kamu, kemudian muncul di akaun-akaun gosip.
Aktor itu yang baru sahaja menyambut ulang tahun kelahiran ada membuat hantaran ucapan terima kasih buat peminat di TikTok dan turut memperlihatkan sisi lembut; tidak seperti kebiasaannya ketika berlakon di layar TV.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.