(VIDEO) Belum Rasmi Bercerai Dengan Suami, Isteri Penyanyi Popular Terima Lamaran ‘Taaruf’ Peguam Kacak

Hiburan

(VIDEO) Belum Rasmi Bercerai Dengan Suami, Isteri Penyanyi Popular Terima Lamaran ‘Taaruf’ Peguam Kacak

Semenjak isu kecurangan dalam rumah tangganya bersama suami, penyanyi Virgoun didedahkan kepada netizen, nama Inara Rusli semakin menjadi tumpuan sehingga dia kini menjadi terkenal dan bergelar pensohor media sosial.

Inara yang juga mempunyai kecantikan rupa paras yang tersendiri itu juga telah mengambil keputusan untuk membuka purdah atas alasan untuk mencari rezeki demi menyara anak-anak setelah dia dan Virgoun memutuskan untuk bercerai.

Advertisement

Meskipun kes perceraian mereka berdua masih dalam perbicaraan mahkamah negara itu, Inara didakwa sudah mula didekati jejaka yang ingin mencuba nasib untuk menjadi raja di hatinya.

Terbaru, media hiburan Indonesia melaporkan seorang peguam kacak bernama Joseph telah menghantar jambangan bunga dengan tujuan memulakan langkah awal untuk ‘bertaaruf’ kepada Inara.

Inara kemudian menerima jambangan bunga tersebut dengan senyuman di wajah dan momen itu sempat dirakam oleh seorang individu sebelum dimuat naik ke TikTok.

@keluargakecildijerman

ganteng pengacaranya?#fypindonesia #inararusli #inara #drrichardlee

? Khanti (Original Soundtrack from Bidadari Bermata Bening) – Rossa

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mendoakan agar urusan kedua-duanya dipermudahkan dan bakal disatukan tidak lama sahaja lagi.

Terdahulu, penyanyi Virgoun yang terkenal dengan lagu Surat Cinta Untuk Starla itu dilaporkan telah berlaku curang selain pernah meminta isterinya itu melakukan hubungan seksual secara luar tabie ketika mereka bergelar suami isteri.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Aliff Aziz
10 months ago

"Tolonglah Jangan.." - Insiden Keluar 'Dating' Dengan Wanita Lain, Aliff Aziz Ada Pesanan Buat Netizen

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...