Selepas mengumumkan perceraian mereka, masih ramai peminat dan pengikut Mawar Rashid dan Raf Yaakob berharap cinta mereka bersatu kembali.
Menerusi hantaran Instagram Raf, ramai yang meninggalkan komen mendoakan agar mereka berdua rujuk kembali dan turut mendoakan agar Mawar terbuka hati.
Sesetengah daripada pengikut Raf mencadangkan dia untuk memujuk Mawar untuk kembali menjadi suami isteri kerana kasihan pada anak-anak.
Bagaimanapun ada yang turut menyuruhnya untuk mencari pengganti dan move on dengan kehidupan barunya namun adik kepada Datuk Fazley Yaakob itu sempat membalas,
Saya tidak bersedia untuk itu (cari pengganti). Saya mahu fokus dengan diri sendiri dahulu.
View this post on Instagram