“Saya Bukan Jenis Tinggalkan Anak..” – Raf Yaakob ‘Throwback’ Gambar Bersama Anak-Anak, Janji Bakal Sentiasa Bertanggungjawab

Hiburan

“Saya Bukan Jenis Tinggalkan Anak..” – Raf Yaakob ‘Throwback’ Gambar Bersama Anak-Anak, Janji Bakal Sentiasa Bertanggungjawab

Bekas suami kepada pelakon sensasi Mawar Rashid, Raf Yaakob telah memuat naik hantaran di Instagram story baru-baru ini yang memaparkan gambar dirinya bersama anak-anaknya tujuh tahun lalu yang berjaya menarik perhatian netizen.

Melalui hantaran tersebut, Raf berkata dia berterima kasih kepada orang ramai yang turut risau tentang kondisi anak-anaknya setelah berita dirinya dan Mawar bercerai. Kata Raf, dia tidak akan meninggalkan anak-anaknya dan mereka akan sentiasa menjadi tanggungjawabnya dalam apa jua keadaan.

Advertisement

Jangan risau tentang anak-anak, selagi Raf masih bernyawa, mereka akan dapat semua kasih sayang dan komitmen sampai hujung nyawa Raf.

Saya bukan jenis yang tinggalkan anak-anak macam tu je. Saya akan menyayangi mereka sama rata.

rafSumber : Instagram  

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Raf Yaakob (@rafyaakob)

Bukan itu sahaja, tambah adik kepada cef selebriti Fazley Yaakob ini, dia juga tidak lupa tentang tanggungjawabnya sebagai seorang bapa untuk mendidik anak-anaknya ilmu agama sebanyak mana yang dirinya boleh.

Sebelum ini, Raf Yaakob sempat tular apabila dia dan bekas isterinya Mawar Rashid mengumumkan berita bahawa mereka telah berpisah atas sebab tidak lagi kesefahaman.

5 months ago

Wawa Zainal Dah Tahu Lebih Awal Keputusan Mawar Rashid & Raf Yaakob Nak Berpisah - "Bukan Sebab Orang Ketiga..."

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...