Peminat ‘Request’ Tunjuk ‘Tutorial’, Gaya Tudung Izara Aishah Kini Jadi Ikutan Ramai Wanita

Hiburan

Peminat ‘Request’ Tunjuk ‘Tutorial’, Gaya Tudung Izara Aishah Kini Jadi Ikutan Ramai Wanita

Baru-baru ini, di platform TikTok, selebriti jelita iaitu Izara Aishah ada membuat tutorial hijabnya kerana ingin menunaikan permintaan seorang suami untuk isterinya.

Pada mulanya, si suami ada membuat ciapan di Twitter agar Izara berkongsi cara dirinya memakai tudung kerana si isteri amat mencintai cara gaya tudung selebriti terbabit yang kelihatan sopan.

Advertisement

Biarpun mengakui berasa kekok melakukan tutorial tudung, Izara tetap melakukan ia dan memuat naik video berkenaan di akaun rasmi TikToknya menunjukkan cara pemakaian tudung caranya.

Selepas memuat naik video berkenaan, ia telah meraih perhatian yang amat luar biasa kerana ramai suka melihat cara Izara menunjukkan satu persatu cara memakainya dengan lemah lembut dan cuba sebaik mungkin jelaskan segalanya.

Bukan saja meraih perhatian, malah gayanya bertudung juga kini menjadi viral di platform tersebut dan ramai wanita memuat naik cara mereka mengikuti gaya tudung Izara itu di platform berkenaan.

Sekadar info, video tutorial itu sudah meraih sebanyak 4 juta tontonan di TikTok dan lebih 500 ribu tanda suka diterima daripada peminat serta pengguna TikTok.

Izara Aishah
1 year lalu

Tampil Serba Putih Seperti Hari Nikah, Izara Aishah Dipuji Peminat Cantik Ketika Makan Malam

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Gempak

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...