Penyanyi terkemuka, Aina Abdul meluahkan rasa penat apabila sesetengah pihak masih lagi membanding-bandingkan dirinya dengan rakan penyanyi yang sama berbakat, Ernie Zakri, selepas memenangi kategori Vokal Terbaik Anugerah Juara Lagu ke-38 (AJL38) yang berlangsung pada malam Ahad lepas.
Sudah cuba jadi positif
Menurut Aina, dia mengakui sudah lelah mencuba untuk menjadikan persaingan antara penyanyi ini positif dan sihat. Namun oleh kerana beberapa pihak yang terus menerus melaga-lagakan mereka, Aina merasa kecewa dan buntu.
Namun begitu, pelantun lagu Sumpah ini turut mengakui kebolehan Ernie dari segi persembahan dan vokal. Katanya, rakan seperjuangannya itu sudah berusaha sehabis baik untuk AJL38 tersebut.
Sudah tentu penat sebab saya cuba nak wujudkan persekitaran yang sihat dan membantah semua idealogi dua penyanyi perempuan perlu begitu, begini.
Ernie memberikan persembahan yang sangat baik dan sebagai kawan paling rapat dalam industri saya tahu kepayahan dan semangat dia untuk bertanding di AJL38.
Peminat boleh marah atau banding-bandingkan kami tapi dalam pertandingan saya perlu fokus dan ada tanggungjawab yang perlu saya bawa.
View this post on Instagram
Anugerah tidak akan kekal
Bukan itu sahaja, penyanyi ini turut menjelaskan anugerah yang diterima olehnya itu bukanlah sesuatu yang kekal. Sebaliknya, dia harus terus berusaha bagi meraihnya di AJL akan datang.
Apabila saya diberikan kemenangan itu bukan bermaksud saya lebih baik dari Ernie. Cuma ia rezeki dan Ernie juga bagus dalam caranya yang tersendiri.
Anugerah tersebut adalah pinjaman, tahun depan kena bertarung lagi. Tiada yang tetap dalam hidup saya, ia hanya sementara sahaja.
View this post on Instagram
Sekadar info, lagu ciptaan Aina bertajuk Jangan Mati Rasa itu telah berjaya meraih tempat ketiga dan Aina membawa pulang hadiah wang tunai RM30K serta trofi. Dia juga telah dianugerahkan penerima Vokal Terbaik dan Penyanyi Pilihan Alha Alfa yang masing-masing membawa RM12K dan trofi.