Pelawak dan pelakon, Zizan Razak telah membuktikan bahawa kebaikan kecil mampu memberi impak besar apabila kehadirannya di sebuah restoran di Sungai Buloh yang hampir gulung tikar menjadi titik perubahan buat perniagaan tersebut.
Pemilik restoran tersebut mendedahkan jumlah pelanggan meningkat secara mendadak selepas video Zizan menikmati hidangan di premis perniagaannya tular di aplikasi TikTok.
Beberapa kali kami hampir buat keputusan untuk tutup kafe ini. Tidak sangka, Zizan Razak adalah artis pertama yang sudi bawa keluarganya datang ke sini.
Kami rakam video Zizan atas izin beliau dan tak sangka jadi viral dalam TikTok.
Selepas itu, berderu pelanggan masuk, kami pun terkejut. Sesak nafas nak tampung pelanggan dengan kapasiti pekerja dan keadaan kedai kami sekarang.
Menurut pemilik restoran itu, kehadiran Zizan bukanlah atas undangan untuk mempromosikan atau membuat ulasan makanan, sebaliknya pelakon itu datang sebagai pelanggan biasa yang tertarik dengan restoran tersebut selepas melihatnya di TikTok.
Zizan kata nak cuba sebab nampak dari TikTok, bukan sebab kami jemput untuk buat review.
Pemilik restoran itu turut meluahkan kesyukuran dan terharu atas keikhlasan Zizan yang secara tidak langsung membantu memulihkan semula perniagaannya selepas dua tahun bergelut cabaran.
@ricospizzacafe Coba tengok siapa yang datang makan Tomahawk PALING MURAH DI MALAYSIA Siap order sampai dua ketul lagi #zizan #zizanrazak #ricospizzacafe #sungaibuloh #steak #tomahawk #murah ♬ original sound – Ricos Pizza Cafe