Sering Dilihat Berdua Di ‘Event’, Nama ‘Influencer’ Muslimah Disebut Kekasih Hati Zizan Razak?

Hiburan

Sering Dilihat Berdua Di ‘Event’, Nama ‘Influencer’ Muslimah Disebut Kekasih Hati Zizan Razak?

Kerana masih bujang, pelawak dan pelakon Zizan Razak pasti akan dikaitkan dengan mana-mana wanita yang dilihat mempunyai hubungan baik dengannya.

Terbaru, seorang model muslimah pula dikaitkan dengan juri The Masked Singer 2024 itu selepas sering dilihat berdua ke ke beberapa acara.

Advertisement

 

Dah kenal dua tahun?

Difahamkan, Zizan dan pempengaruh jelita dikenali sebagai Nureen itu kerap meluangkan masa bersama dan dikatakan sudah berkenalan sejak dua tahun lalu.

Malah, Zizan juga merupakan salah seorang followers Nureen di akaun media sosialnya yang mempunyai lebih 11,000 pengikut.

zizan razak

 

Dah bersedia untuk kahwin

Seperti yang ramai tahu, Zizan yang sudah mencecah umur 40 tahun sebelum ini beberapa kali mengakui dia sudah bersedia untuk mendirikan rumah tangga.

Bagaimanapun, dia masih belum jumpa dengan wanita yang sesuai untuk dijadikan isteri dan disebabkan itu juga Zizan sering digosipkan dengan beberapa rakan selebriti sebelum ini.

zizan razak

 

No comment

Meskipun jarang berkongsi gambar di media sosial, namun Zizan dan Nureen dikatakan sering dilihat hadir bersama di acara yang turut dihadiri rakan rakan selebriti yang lain.

Ketika dihubungi, pelawak berkenaan bagaimanapun memilih untuk tidak memberikan apa-apa komen atau mengulas tentang itu buat masa sekarang.

Ujarnya, dia perlu merujuk perkara begini dengan pihak pengurusannya sebelum apa apa kenyataan diberikan kepada media dan wartawan.

meerqeen
5 months ago

"Saya Tahu Batas Pergaulan.." - Sering Dilabel 'Playboy', Meerqeen Bersuara Isu Bercinta Dengan Ameera Khan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : mStar

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...