“Pemilihan Juri MLM Musim Akan Datang Kaji Semula, Tak Perlu ‘Sang Bara’..” – Shahrol Shiro

Hiburan

“Pemilihan Juri MLM Musim Akan Datang Kaji Semula, Tak Perlu ‘Sang Bara’..” – Shahrol Shiro

Program realiti, Maharaja Lawak Mega (MLM) 2021 telah pun melabuhkan tirainya malam tadi menyaksikan kumpulan Tiro bergelar juara dan membawa pulang wang tunai RM500,000.

Selain itu, tekaan penonton mengenai siapakah juri misteri di sebalik topeng Sang Bara akhirnya terjawab apabila Sharnaaz Ahmad muncul di akhir-akhir rancangan.

Advertisement

Namun begitu, pelawak, Shahrol Shiro berpendapat pemilihan juri untuk program Maharaja Lawak Mega perlu dikaji semula pada musim yang akan datang.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shahrol Azizie Azmi (@shahrol_shiro)

Menurut Shahrol, tidak perlu ada ‘sang bara’ memandangkan pentas finale bertujuan untuk meraikan peserta bukan drama berkaitan siapa sebenarnya Sang Bara.

Tambahnya pelawak-pelawak perlu diberi ruang seluasnya bukan hanya bersorak ketika bertanding sahaja. Selepas pertandingan kebanyakan pelawak-pelawak terus hilang tanpa berita.

Tiro Juara MLM 2021Sumber : Buletin FM  

Meninjau ke ruangan komen, orang ramai walau bagaimanapun memberi pendapat berbeza dengan Shahrol. Mereka sebagai penonton berkata, kewujudan Sang Bara musim ini sebenarnya ‘menyelamatkan’ program tersebut.

Jelas mereka, dengan adanya Sang Bara, para peserta mendapat idea untuk menjadikannya sebagai lawak jenaka pula. Bosanlah asyik ‘kenakan’ juri sahaja kan?

2 years ago

"Jangan 'Potong' Masa Sang Bara Komen Boleh?" - Netizen Bengang Dengan Juri MLM 2021

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...