“Jangan ‘Potong’ Masa Sang Bara Komen Boleh?” – Netizen Bengang Dengan Juri MLM 2021

Hiburan

“Jangan ‘Potong’ Masa Sang Bara Komen Boleh?” – Netizen Bengang Dengan Juri MLM 2021

Jika sebelum ini di minggu pertama Maharaja Lawak Mega (MLM) 2021, kehadiran Sang Bara mendapat kecaman hebat dari netizen, nampaknya sekarang ini sudah bertukar arah.

Melalui tinjaun pihak Gempak di media sosial, didapati rata-rata netizen yang menonton MLM 2021 sekarang ini sudah mula menyelebelahi Sang Bara.

Advertisement

Penonton tidak lagi mengkritik mahupun mengecam Sang Bara, sebaliknya kini ramai yang meluahkan rasa tidak puas hati kepada para juri yang sentiasa ingin ‘mencari gaduh’ dengan naga keramat MLM 2021 itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Astro Gempak (@astrogempak)

Antara komen yang didapati di media sosial adalah, Sang Bara semakin baik dalam memberikan komen kepada peserta dan kata-kata yang dillontarkan semuanya relevan berbeza ketika kemunculan awalnya.

Advertisement

Dalam pada masa yang sama, netizen turut meluahkan rasa kurang senang apabila para juri seringkali ‘memotong’ komen Sang Bara, sehinggakan ada yang meminta agar juri ditukarkan kepada yang lain.

Juri jangan potong ke menyampuk ke masa Sang Bara bercakap boleh tak??

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Zon Lawak (@zonlawak)

Sekadar info, pada minggu lalu tiada penyingkiran yang berlaku dan kesemua tujuh kumpulan bakal terus berentap pada Jumaat ini dengan sketsa bertemakan ‘Karoot’, Dikir Barat dan Props.

Selain itu, kami kongsikan beberapa artikel trending pada pautan dibawah.

Tiktok muntah minuman
1 minggu lalu

Muntahkan Kembali Minuman Yang Diminum, Personaliti Media Sosial Ini Teruk Dikecam Netizen

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Gempak

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

2 Comments

  1. Lily.Bwn

    November 24, 2021 at 2:47 am

    Cheq tak suka betul juri juri MLM tahun ni

    Rosyam poyo
    Diana Danielle pengamuk
    Noh terlalu simple dlm mengomen peserta
    Uqasha bawak fashion hancur

  2. Anonymous

    November 23, 2021 at 2:02 pm

    Singkirkan ROSYAM NOR!!!!!!!!! Boringggggggg.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...