“Pemerkosaan Itu Tidak Benar, Mondy Bohong” – Ustaz Derry Sulaiman Kongsi ‘Screenshot’ Perbualan Dengan Mondy, Berbohong Dan Hanya Mahu Duit Semata

Hiburan

“Pemerkosaan Itu Tidak Benar, Mondy Bohong” – Ustaz Derry Sulaiman Kongsi ‘Screenshot’ Perbualan Dengan Mondy, Berbohong Dan Hanya Mahu Duit Semata

Sahabat kepada pendakwah Ebit Lew berasal dari Indonesia, Derry Sulaiman baru-baru ini ada membuat pendedahan mengenai dakwaan Mondy yang dikatakan telah dianiaya dan diganggu secara seksual oleh Ebit.

Menerusi beberapa hantaran di TikTok, Derry menunjukkan tangkap layar perbualannya bersama Mondy di aplikasi WhatsApp.

Advertisement

Dalam perbualan itu, Mondy dilihat mengaku mengenai apa yang diperkatakan dalam podcastnya bersama penyanyi Caprice hanya dusta semata-mata dan berpaksikan wang ringgit.

Malah, Derry mendakwa Mondy ada meminta Ebit Lew untuk membelikan sebuah motosikal sewaktu dibantu beberapa bulan lalu.

Ujarnya lagi, Ebit adalah seorang manusia yang baik kerana sering membawakan buah tangan tiap kali bertemu meskipun dia bukanlah orang susah.

Tegasnya, dia tidak mempunyai sebarang kepentingan peribadi kerana apa yang diucapkan adalah kerana Allah S.W.T dan tidak juga mendesak sesiapa untuk mempercayainya.

Terdahulu, Caprice dan Mondy telah mengejutkan ramai apabila TikTokers dari negara seberang itu mendakwa Ebit ada melakukan gangguan seksual selain menyuruhnya untuk berlakon baik demi konten di media sosial.

Sehubungan itu, Ebit kemudian membuat laporan polis sejurus pulang daripada Jeddah.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

ebit lew
7 months ago

Perbicaraan Ebit Lew Di Tenom Bertukar Jadi Sesi 'Bertikam Lidah' - "Pihak Pembelaan Bantah..."

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...