Perbicaraan Ebit Lew Di Tenom Bertukar Jadi Sesi ‘Bertikam Lidah’ – “Pihak Pembelaan Bantah…”

Trending

Perbicaraan Ebit Lew Di Tenom Bertukar Jadi Sesi ‘Bertikam Lidah’ – “Pihak Pembelaan Bantah…”

Perbicaraan kes gangguan seksual melibatkan pendakwah bebas, Ebit Lew hari ini bertukar menjadi pertikaman lidah ketika pemeriksaan utama bagi saksi kelapan dilakukan.

Menurut laporan, ia berlaku apabila pendakwaan mahu mengambil keterangan saksi berkenaan, Inspektor Yip Chang Ching, Juruanalisis Unit Siasatan Jenayah Komputer, Makmal Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) tentang laporan LGMS.

Advertisement

Pihak pembelaan membantah pertanyaan Timbalan Pendakwa Raya, Zahida Zakaria mengenai kemungkinan untuk membuat pemeriksaan utama laporan tersebut.

Peguam yang mewakili tertuduh, Ram Singh memberitahu mahkamah pihak pembelaan berpandangan segala kandungan berkaitan cakera video digital (DVD-R) dan pemacu kilat yang akan diberi keterangan oleh saksi kelapan perlu dikaji terlebih dahulu.

Berikan kami tempoh untuk kaji DVD-R dan pemacu kilat dan segala yang berkaitan dengan IDD-2 kerana sumber membabitkan semua barang kes berkenaan diperoleh daripada LGMS.

ebit lew

 

Mahu LGMS yang jelaskan tentang laporan, bukan saksi ke-8

LGMS adalah syarikat penyedia perkhidmatan keselamatan siber profesional yang menganalisi data digital. Pihak pembelaan turut berkata pertanyaan oleh pihak pendakwaan itu patut dikemukakan pada perbicaraan berikutnya.

Tambahnya, laporan siasatan forensik digital (IDD-2) yang disediakan pakar daripada LGMS dan orang yang terbaik untuk menjelaskan tentang laporan tersebut adalah syarikat itu sendiri, bukannya saksi kelapan.

Difahamkan, saksi kelapan bukanlah orang yang mengekstrak cakera keras daripada LGMS kepada cakera keras PDRM jadi menurut mereka tiada keperluan saksi kelapan memberikan keterangan.

Majistret Nur Asyraf Zolhani kemudian memutuskan perbicaraan tidak akan diteruskan dengan saksi kelapan sehingga masa yang mencukupi diberikan kepada pihak pembelaan untuk mengkaji kandungan pemacu kilat.

kes ebit lew
10 months ago

Kes Ebit Lew: Daripada 936 'Screenshot' Dalam Telefon, 146 Gambar Adalah Berunsur Lucah

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Utusan

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...