Sahabat kepada pendakwah Ebit Lew berasal dari Indonesia, Derry Sulaiman baru-baru ini ada membuat pendedahan mengenai dakwaan Mondy yang dikatakan telah dianiaya dan diganggu secara seksual oleh Ebit.
Menerusi beberapa hantaran di TikTok, Derry menunjukkan tangkap layar perbualannya bersama Mondy di aplikasi WhatsApp.
Dalam perbualan itu, Mondy dilihat mengaku mengenai apa yang diperkatakan dalam podcastnya bersama penyanyi Caprice hanya dusta semata-mata dan berpaksikan wang ringgit.
Malah, Derry mendakwa Mondy ada meminta Ebit Lew untuk membelikan sebuah motosikal sewaktu dibantu beberapa bulan lalu.
Ujarnya lagi, Ebit adalah seorang manusia yang baik kerana sering membawakan buah tangan tiap kali bertemu meskipun dia bukanlah orang susah.
View this post on Instagram
Tegasnya, dia tidak mempunyai sebarang kepentingan peribadi kerana apa yang diucapkan adalah kerana Allah S.W.T dan tidak juga mendesak sesiapa untuk mempercayainya.
Terdahulu, Caprice dan Mondy telah mengejutkan ramai apabila TikTokers dari negara seberang itu mendakwa Ebit ada melakukan gangguan seksual selain menyuruhnya untuk berlakon baik demi konten di media sosial.
Sehubungan itu, Ebit kemudian membuat laporan polis sejurus pulang daripada Jeddah.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.