Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Pembantu Rumah Keluar Buang Sampah Dan Bersalaman, Punca Satu Keluarga Shuib Positif COVID-19

Shuib

Pelawak Shuib ada mendedahkan tentang bagaimana dia dan ahli keluarganya yang lain dijangkiti COVID-19 sehingga menyebabkan dia dan anak-anaknya kehilangan Siti Sarah.

Advertisement

Jelas Shuib, dia sekeluarga disahkan positif selepas pembantu rumahnya turun membuang sampah kemudian bersalaman dengan rakannya sebelum wabak itu merebak kepada semua yang berada di kediamannya, kecuali seorang anggota keluarganya disahkan negatif.

Berikutan itu, Shuib, Sarah dan tiga anak mereka dijangkiti wabak itu malah pembantu rumah warga Indonesia itu difahamkan telah pun meninggal dunia pada hari Jumaat lepas.

Nak dijadikan cerita, pembantu rumah saya turun bawah buang sampah. Dia salam kawan, terus kena kami satu keluarga. Jangan lupa berdoa, moga Allah lindungi kita sebab itulah senjata paling dahsyat.

Susulan daripada pemergian isteri tercinta, Shuib juga mengambil kesempatan memberi sedikit pesanan kepada mereka di luar sana untuk segera mendapatakn vaksin.

Difahamkan juga, allahyarhamah Siti Sarah tidak sempat mendapatkan perlindungan vaksin sekaligus memburukkan keadaan tambahan keadaannya yang sarat hamil ketika dijangkiti COVID-19.

Advertisement

Shuib dalam pada itu menyarankan agar setiap isi rumah sekurang-kurangnya memiliki alat bacaan tahap oksiden, Oximeter bagi memantau pemeriksaan paras oksigen sendiri.

“Beli alat itu. Kalau bacaan oksigen turun, terus pergi hospital. Dulu saya pun orang yang tak berapa percaya kepada COVID-19, tapi bila dah kena pada batang hidung sendiri, barulah tahu.” pesan Shuib lagi.

Terdahulu, Siti Sarah,37, menghembuskan nafas terakhir pada jam 5.13 pagi semalam di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) selepas beberapa hari ditidurkan akibat jangkitan COVID-19.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

1 Comment

  1. Anonymous

    August 18, 2021 at 8:50 am

    sudah2 la xpayah kait2 kn org tu org ni bende dh jd dh pn. virus ni bole dpt d mn2 x semestinye pegi buang smph jumpe kwn kene. kite doa je tuk arwah byk2 semoga rohnye d cucuri trahmat d tempatkn d kalangan org2 beriman

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top