Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

“Saya Reda, Cabaran Saya Nak Beritahu Anak-Anak Ibu Mereka Dah Tiada..”- Shuib Sepahtu

Siti Sarah shuib sepahtu

Suami kepada penyanyi Allahyarhamah Siti Sarah, Shuib Sepahtu memaklumkan bahawa dia reda dengan pemergian isteri kesayangan pagi tadi dan menerimanya sebagai takdir dan ketentuan daripada Ilahi.

h

Advertisement

Ujar Shuib, kini dia berdepan cabaran untuk memaklumkan pemergian Siti Sarah buat selama-lamanya itu kepada anak-anaknya di rumah.

View this post on Instagram

A post shared by Astro Gempak (@astrogempak)

Shuib yang kini bergelar usahawan minuman Bubblebee itu turut memaklumkan bahawa sempat membuat panggilan video untuk kali terakhir bersama arwah yang pada ketika itu sedang nazak di hospital.

Saya reda dengan pemergian isteri saya dan menerima ketentuan Illahi. Cabaran saya cuma nak beritahu kepada anak-anak yang mereka sudah tak ada. Saya dapat buat panggilan video bersama anak-anak dengan bantuan jururawat dan doktor. Anak sempat melihat keadaan ibu mereka. Nampak juga air mata di pipi Sarah, dia macam faham apa yang saya dan anak-anak katakan pada masa itu.

Difahamkan, Shuib kini sedang menantikan urusan memandikan jenazah secara tayammum di Bilik Jenazah, Hospital Canselor Tuanku Mukhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia, (UKM).

Allayarhamah Siti Sarah akan disolat jenazah dan dikebumikan bersebelahan kubur arwah ibunya di Tanah Perkuburan Islam, Kampung Sungai Pusu, Gombak, tengah hari ini.

Advertisement

Sarah meninggalkan empat orang anak, Uwais Alqarni,10, Dzahira Talita zahra,8, Ariq Matin,6, dan Ayash Affan yang baru sahaja dilahirkan pada 6 Ogos lalu.

“Arwah sempat hadiahkan saya dan anak menerusi kehadiran Ayyash Affan. Arwah bergelut untuk menyelamatkan anak kami. Ternyata, Allah lebih menyayanginya.” ujar Shuib sedih.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

1 Comment

  1. Anonymous

    August 9, 2021 at 1:58 pm

    Dulu arwah penah bg tau dia slalu kena ejek sejak kecik smpai besar. Tp arwah tak tahu sebenarnya ramai betul org sayang arwah. Semua kerana hatinya yg baik. Cara pemergian pon spt mati syahid keluarkan anak dari perut, koma dan terus meninggal.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top