Pemandu Dituduh Mabuk Padahal Sedang Tahan Sakit, Netizen Mahu Si Perakam Mohon Maaf

Berita

Pemandu Dituduh Mabuk Padahal Sedang Tahan Sakit, Netizen Mahu Si Perakam Mohon Maaf

Kita sedia maklum kes kemalangan melibatkan pemandu mabuk atau dibawah pengaruh dadah dikalangan pemandu kenderaan berat seringkali berlaku tetapi tiada siapa mempunyai hak untuk menuduh kesemua kemalangan yang berlaku atas sebab menggunakan barang terlarang.

Boleh saja jadi pemandu kenderaan berat itu mempunyai masalah yang lain ketika kemalangan berlaku dan hal ini sama seperti video yang sedang tular di media sosial memaparkan seorang wanita menuduh seorang lelaki pertengahan usia ‘mabuk’ kerana merempuh beberapa buah kereta di pinggir jalan.

Advertisement

Melalui video tular yang dikongsikan semula oleh Utusan TV di TikTok, didapati pemandu lori tersebut ketika itu sedang menahan sakit dari serangan jantung dan oleh kerana itu, dia tidak dapat mengawal kenderaan yang dipandu.

Difahamkan juga, lelaki terbabit telah meninggal dunia tengah hari, semalam kerana masalah jantung yang dihadapinya.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen berasa bengang dengan si perakam kerana menuduh secara melulu, sedangkan ketika itu pemandu terbabit sedang melawan sakitnya.

komen tiktokSumber : TikTok 

Dikesempatan itu, warganet turut mengucapkan salam takziah buat keluarga pemandu treler tersebut yang dikenali sebagai Pakcik Shukri serta mendoakan rohnya dicucuri rahmat.

kemalangan di putrajaya
3 years ago

Pemandu Lori Langgar 10 Buah Kereta Telah Dikenal Pasti

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...