Pemandu Lori Langgar 10 Buah Kereta Telah Dikenal Pasti

Trending

Pemandu Lori Langgar 10 Buah Kereta Telah Dikenal Pasti

Baru-baru ini, tular rakaman video memaparkan sebuah lori melanggar lebih daripada 10 buah kereta yang diparkir di tepi jalan.

Kejadian itu berjaya dirakam kamera litar tertutup (CCTV).

Advertisement

7 bulan lalu

(VIDEO) Lori Hilang Kawalan Sebelum Langgar 9 Kenderaan, 7 Cedera

Menerusi video yang dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook, pelanggaran itu telah menyebabkan kerosakan seperti calar yang teruk serta cermin sisi yang hampir tertanggal.

Individu itu turut merakam keadaan kereta-kereta yang diparkir di sepanjang jalan Kompleks E, Putrajaya. Memang kiri kanan penuh kereta!

Berhubung dengan kejadian itu, polis mengesahkan pemandu lori sudah berjaya dikesan.

Advertisement

Menurut Ketua Polis Daerah Putrajaya Asisten Komisioner A.Asmadi Abdul Aziz, pemandu tersebut akan hadir memberikan keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya.

“10 daripada pemilik kereta yang terbabit kejadian itu sudah hadir ke IPD Putrajaya untuk membuat laporan. Kes disiasat mengikut Sekyen 42 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.”

Pada masa yang sama, Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia (CGSO), Jabatan Perdana Menteri (JPM) turut mengesahkan kejadian itu.

Menurutnya, lokasi kejadian itu telah dizonkan sebagai kawasan larangan parkir.

Mengenai ganti rugi, mangsa bagaimanapun tidak boleh membuat sebarang tuntutan kerana mereka telah parkir di kawasan yang tidak dibenarkan.

Katanya lagi, polis akan mengadakan operasi di laluan itu untuk menghalang pengguna meletakkan kenderaan. Jika masih berdegil, saman akan dikeluarkan kepada mereka.

Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...