Peluang Untuk Mengorat & Makan Malam Bersama Emma Maembong

Hiburan

Peluang Untuk Mengorat & Makan Malam Bersama Emma Maembong

Masihkah anda ingat mengenai misteri para selebriti tempatan bergambar dengan objek seakan-akan bola merah yang pernah Abang Nara tulis tidak berapa lama dahulu? Akhirnya misteri tersebut terbongkar jua apabila Abang Nara mendapat jemputan ke sebuah majlis di Bangsar pada minggu lalu.
hotlink redRupa-rupanya objek berbola merah yang berada di sisi para selebriti tempatan itu berkaitan dengan pelancaran applikasi Hotlink Red. Berslogankan, LiveLife Loud, applikasi Hotlink Red ini boleh dimuat turun secara percuma di Google Store untuk pengguna smartphone Android.  Selain digunakan untuk memeriksa baki penggunaan kredit Hotlink anda, applikasi Hotlink Red ini turut menawarkan hadiah percuma seperti tiket wayang, tiket konsert ekslusif dan macam-macam lagi.
hotlink redNamun apa yang paling menarik perhatian Abang Nara ialah applikasi Hotlink Red memberikan peluang untuk penggunanya meluangkan masa bersama selebriti-selebriti popular tanah air. Inilah peluang Abang Nara untuk mengorat Emma Maembong tanpa diganggu Zizan Razak kerana antara hadiah untuk peraduan ini ialah “candlelight dinner” bersama si cantik manis ini. Lain selebriti lain hadiahnya. Tapi Abang Nara hanya “target” Emma Maembong je. Hehehe.
hotlink redAntara selebriti-selebriti yang bakal meluangkan masa untuk para pemenang peraduan Hotlink Red ini ialah Zizan Razak, Wak Doyok, Tiz Zaqyah, Adi Putra, Remy Ishak dan Jovian Mandagie. Kesemua hadiah yang ditawarkan berlainan namun sangat awesome dan ekslusif. Contohnya dapat baju raya yang dijahit khas oleh Jovian, main go-kart dengan Zizan dan macam-macam lagilah pengalaman yang tak mungkin dapat dilupakan sekiranya anda menjadi salah seorang pemenang.
hotlink redAbang Nara tahu korang mesti tertanya-tanya dan dah tak sabar lagi nak menang hadiah-hadiah awesome ini kan? Yang perempuan tue mesti dah tak sabar nak pergi makan malam dengan Remy Ishak. Senang je caranya. Korang hanya perlu muat naik sekeping (atau berpuluh-puluh keping) gambar anda dengan satu objek berwarna merah dan tulis ayat puji-pujian kepada selebriti pilihan anda. Contoh kalau Abang Nara akan tulis “Saya mahu makan malam dengan Emma Maembong kerana saya ingin melihat gelak tawa Emma yang manis apabila mendengar lawak saya”.

Paling penting jangan lupa tag selebriti anda di Instagram dan hashtag #LiveLifeLoud dan #Hotlink. Kemudian screenshot gambar-gambar tersebut terus ke email selebriti pilihan anda (email boleh dijumpai di akaun Instagram para selebriti itu)  beserta nama penuh, nombor telefon dan nombor kad pengenalan anda.  Senang je kan? Kena buat secepat mungkin dan sekreatif yang anda mampu kerana peraduan ini akan tamat HARI INI. Pastikan anda tak lupa untuk muat turun applikasi Hotlink Red untuk menikmati segala kelebihan yang disediakan untuk para pengguna Hotlink.

Advertisement

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...