May 7th, 2014

Abang Nara perlukan pertolongan anda. Semenjak semalam, beberapa orang selebriti popular tanah air mula berkongsi gambar mereka bersama sebuah objek seumpama bola merah. Selaku “stalker” mereka, Abang Nara kehairanan dan terasa diselubungi misteri dengan kehadiran bola merah tersebut.  Menariknya, setiap selebriti menggayakan aksi yang berbeza dengan objek seumpama bola merah ini.

LIVELIFELOUD

Dengan aksi penuh seni bersama objek seumpama bola merah, Tiz Zaqyah menulis caption “Sometimes the little things in life is what makes me happiest ! #LiveLifeLoud”. Nampak seperti Tiz meluahkan rasa kebahagiaannya. Adakah percintaannya akan melangkah ke fasa baharu? Sementara itu ikon fesyen tempatan, Wak Doyok telah berkongsi aksi gaya machonya bersama bola merah tersebut. Caption yang ditulisnya pula berbunyi “Good morning!!! I LIVE for fashion. My LIFE is fashion. I love LOUD fashion. #LiveLifeLoud”. Memang aksi yang digayakan cukup sesuai dengan fesyen Wak Doyok yang unik.

LIVELIFELOUD

Apabila Zizan Razak dan Fara Fauzana turut sama berkongsi gambar mereka dengan objek seumpama bola merah, Abang Nara sudah dapat menjumpai persamaannya. Kesemua selebriti-selebriti ini menggunakan hashtag #LiveLifeLoud. Hmmmm.. Carian yang lebih mendalam telah Abang Nara lakukan, sayangnya tiada informasi lanjut dapat diketahui. Memang misteri!!! Abang Nara tertanya-tanya apakah yang mereka cuba sampaikan.

LIVELIFELOUD

Abang Nara percaya tak lama lagi misteri objek seumpama bola merah dan hashtag #LiveLifeLoud ini akan terbongkar sedikit demi sedikit. Tak sabar nak tahu. Nanti kalau ada informasi terkini, akan Abang Nara kongsikan dengan anda semua. Sementara itu diharap anda semua bersabar.


Comments are closed.

Loading...